Matthew Davies, nama yang cukup dikenali dalam arena bola sepak tempatan. Beliau dibawa masuk oleh pasukan Pahang ketika berusia 20 tahun pada musim 2015 sebagai status pemain berdarah campuran Australia-Malaysia dan diberi taraf warganegara yang sah.

Kehadiran beliau ketika itu mula mencuri tumpuan dan menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Apa tidaknya, beliau pernah bermain dengan kelab Australia, Perth Glory dan mempunyai 19 penampilan dalam A-League. Tambahan pula, ibunya berasal dari Sabah.

Sejak itu, beliau dipanggil menyertai skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) dan kini merupakan tonggak penting skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023.

Sempena pelancaran jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia edisi 2020-2022 daripada syarikat sukan terkemuka dunia iaitu Nike semalam, kami sempat bertanya beberapa soalan kepada Matthew Davies tentang rekaan jersi tersebut serta perjalanan karier bola sepaknya.

Ikuti temu bual eksklusif VOCKET FC bersama Matthew Davies yang kini merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

VFC: Pertama kali kami ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan JDT menjuarai Liga Super pada musim ini.

Sejak kali pertama anda dipanggil menyertai skuad Sukan SEA 2015 oleh Datuk Ong Kim Swee, terdapat 4 jenis rekaan jersi (Home & Away) telah diperkenalkan oleh Nike setakat ini. Boleh anda kongsikan kenangan manis memakai jersi ini dan apakah harapan anda terhadap rekaan baharu jersi kebangsaan Malaysia yang dihasilkan oleh Nike?

Davies: Terdapat banyak rekaan yang tidak dapat dilupakan sejak saya menyertai pasukan kebangsaan. Saya berasa sangat bangga dapat menyarung setiap rekaan jersi ini dan mewakili negara saya. Saya harap ia berterusan sehingga ke penghujung karier saya.

Antara kenangan manis saya adalah debut saya ketika Malaysia menentang Arab Saudi pada tahun 2015, pingat perak Sukan SEA ketika kami hampir memenangi emas di gelanggang sendiri pada tahun 2017 dan akhirnya kemenangan 3-2 pada minit terakhir ke atas Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia 2022 di Jakarta.

259087
Aksi Matthew Davies ketika menentang Indonesia di Jakarta pada bulan September 2019. FOTO: AP

VFC: Dari 1-10, apa pendapat anda tentang rekaan jersi baharu Malaysia 2020-2022 berbanding dengan rekaan sebelum ini dan apakah ciri-ciri menarik jersi ini yang anda paling suka?

Davies: Saya bagi rating 10/10, saya rasa Nike sentiasa berusaha memperbaiki kualiti jersi dan memastikan yang terbaik untuk kita. Saya nilai dengan rasa ‘vintage’ pada jersi ini terutamanya dengan penambahan kolar. Saya peminat kesederhanaan reka bentuk dengan jalur tunggal di sebelah, kadang-kadang sedikit lebih baik.

VFC: Apa rasanya bila menjadi orang baharu dalam pasukan dan berjaya membantu JDT memenangi Liga Super pada musim ini?

Davies: Tidak mudah menjadi pendatang baru di JDT, saya rasa ini adalah salah satu cabaran paling sukar bagi pemain Malaysia yang datang ke JDT dan bersaing untuk mendapat tempat dalam pasukan. Anda harus mempunyai kepercayaan terhadap kemampuan anda sendiri untuk masuk dan berjuang mendapatkan tempat, tidak kira dengan siapa yang anda bakal hadapi.

Oleh itu, saya rasa saya baik-baik saja untuk tahun pertama dengan pasukan yang sangat bagus. Sudah tentu, ini adalah tahun yang sukar dan pelik tetapi bagus untuk menyumbang kepada kejayaan pasukan memenangi Liga Super dan Piala Sumbangsih.

88130739_2632378593675210_4041708394703224832_o
Piala pertama Matthew Davies bersama JDT.

VFC: Bagaimana anda menilai musim pertama bersama JDT?

Davies: Secara peribadi, saya ingin menjadi lebih konsisten pada masa yang akan datang. Saya mengalami beberapa kecederaan sepanjang tahun ini. Agak sukar untuk memperoleh semula momentum dengan perlawanan liga yang beberapa kali ditangguhkan tahun ini. Namun, pasukan ini masih melakukan yang terbaik dalam keadaan seperti ini.

VFC: Beberapa pemain Malaysia mula berkelana ke Eropah baru-baru ini. Apa pendapat anda dan ada apa-apa nasihat untuk mereka?

Davies: Saya tidak fikir saya layak memberi sebarang nasihat kerana saya sendiri tidak pernah bermain di eropah. Saya hanya mampu berkongsi pengalaman ketika beraksi di A-League. Sangat bagus melihat pemain muda ini pergi ke luar negara dan mereka boleh kembali ke Liga Malaysia jika segalanya tidak berjalan lancar.

Ini memberi kelebihan kepada pasukan kebangsaan kita di masa depan untuk membentuk barisan terbaik dengan kehadiran pemain dengan pengalaman antarabangsa. Keluar daripada zon selesa akan dapat membantu pemain berdikari dan berubah menjadi lebih baik. 

Matthew+Davies
Kenangan Matthew Davies beraksi bersama Perth Glory dalam A-League.

VFC: Kejuaraan pertama liga dalam karier anda, bagaimana perasaan anda secara peribadi?

Davies: Ini perasaan yang luar biasa. JDT mampu memenangi liga dengan atau tanpa saya, tetapi rasa hebat dapat terlibat dalam projek ini yang meletakkan sasaran begitu tinggi sehingga diharapkan dapat memenangi liga setiap tahun.

VFC: Dari hari pertama anda tiba di Malaysia, sejauh mana Liga Malaysia telah meningkat?

Davies:  Liga sentiasa ada sedikit perubahan setiap tahun tetapi masih lagi ada masalah dalam beberapa pasukan yang cukup merisaukan jika dilihat dari perspektif pemain. Bagus dapat berada dalam kelab yang saya tidak perlu risau jika gaji tidak dibayar tetapi perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak Malaysia. Ianya menyedihkan kerana kita masih lagi berbincang mengenai isu ini (tunggakan gaji).

Bagaimanapun, kualiti liga bertambah baik dan standard semakin meningkat setiap tahun dan ia menjadi lebih sukar untuk bermain dalam Liga Malaysia. 

Matthew Davies
Sumber Gambar: JST

VFC: Beritahu kami perkara yang peminat di Malaysia tidak tahu tentang anda.

Davies: Saya suka bermain gitar dan kini sedang menghabiskan pengajian ijazah dalam bidang pemasaran dan kewangan dari Universiti Curtin, Australia.

VFC: Boleh berkongsi pada kami bagaimana Nike membantu dan memainkan peranan penting dalam kerjaya bola sepak anda selama ini?

Davies: Nike telah memberi sokongan kepada saya sejak tiba di Malaysia, kontrak saya dengan Nike sebagai pemain kini memasuki tahun ke 5 dan hubungan ini banyak membantu saya. 

Mereka sentiasa melakukan inovasi dan mendorong pemain untuk melakukan sesuatu melebihi had mereka. Tentunya tidak ada salahnya apabila kasut dan pakaian yang paling cantik sentiasa dihantar di depan pintu rumah anda! Saya sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh Nike selama ini.

VFC: Apakah boot Nike yang pertama anda pakai dan apakah perkara menarik mengenai Nike yang anda mahu kongsi kepada semua orang?

Davies: Boot Nike pertama yang saya pakai ialah ‘gold Nike Mercurial Vapor ii’s’, ini adalah boot yang dipakai oleh Ronaldo.

Secara jujurnya, boot ini agak ketat untuk bentuk kaki saya tetapi saya pasti melihat bahagiannya. Kasut Nike kegemaran saya yang pernah saya pakai ialah Nike CTR dengan tapak kaki gentian karbon. Itu adalah perkara lain! Saya masih memakainya dengan gembira walaupun sudah berusia 8 tahun sekarang.

2004-Mercurial-Vapor-2-Orange-Gold-Black
Gold Nike Mercurial Vapor ii’s’

VFC: Kenangan paling indah dalam karier bola sepak anda setakat ini?

Davies: Kenangan paling manis setakat ini ialah memenangi Liga dan Piala Sumbangsih bersama JDT dan Piala FA bersama Pahang. Rasa hebat dapat memenangi sesuatu. Saya harap dapat mengalami detik-detik terbaik sepanjang karier bola sepak saya.

VFC: Apakah nasihat paling terbaik yang anda pernah terima?

Davies: Salah seorang jurulatih terdahulu pernah memberitahu saya supaya fokus kepada apa yang saya mahukan kerana itulah yang membezakan saya daripada pemain lain. Dia menjelaskan penting untuk mempraktikkan kelemahan anda, tetapi lebih penting untuk meningkatkan perkara yang anda sudah lakukan dengan baik sehingga memisahkan anda dari yang lain.

Cari apa yang anda mahir dan jadikan diri anda menjadi lebih hebat lagi. Nasihat itu telah membuat saya stabil sehingga kini dan saya akan selalu mengingatinya

Baca artikel menarik mengenai jersi baharu Malaysia melalui pautan dibawah.

RASMI: Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Dilancarkan, Refleksi Budaya Ekspresif Dan Penghormatan Tradisi Harimau Malaya

Ciri-Ciri Menarik Jersi Terbaru Skuad Harimau Malaya

Ini Reaksi ‘Ekor’ Harimau Malaya Terhadap Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Yang Baru Dilancarkan