Ejen kepada Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes dilaporkan menawarkan pemain itu kepada Bayern Munich.

Ini selepas Bayern menyatakan bahawa mereka sedia mencari pengganti baharu Robert Lewandowski sebagai no.9.

Pemain asal Poland itu sudah mendesak agar kelab menjualnya pada jendela perpindahan kali ini.

Sementara itu bintang Man United, Cristiano Ronaldo sedia untuk mempertimbangkan perpindahan ke Bayern Munich.

Ini kerana pemain itu mahu bersaing di peringkat tertinggi di Eropah. Man United akan bertanding di Liga Europa musim hadapan. Berbanding Bayern yang akan beraksi di UCL.

Menurut laporan tesebut, ejen Ronaldo memberitahu bahawa kliennya itu tertarik dengan prospek untuk memenangi lebih banyak piala dengan Bayern.

Tetapi Ronaldo dikatakan tidak akan meninggalkan United dan menyertai Bayern.

Manuel Veth berkata: “Cristiano Ronaldo sememangnya tak akan menyertai Bayern. Namun saya mendapati, agak menarik apabila menurut laporan Kerry Hau [dan saya percaya sumber dia 100%] bahawa ejennya menawarkan pemain itu ke Bayern.”

“Jadi ini memberikan petanda bahawa dia benar benar mahu meninggalkan United.”

Seterusnya, pengurus Bayern, Julian Nagelsmann menyatakan dia tidak bersetuju dengan perpindahan tersebut.

Ini kerana permintaan gaji Ronaldo dikatakan akan merosakkan struktur gaji di Bayern Munich. Pemain itu mahukan sekurang kurangnya gaji yang sama dengan yang dia terima di Man United.