Baru-baru ini terdapat khabar angin mengenai perpindahan tonggak tengah skuad kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen ke pasukan Liga Malaysia pada musim ini.

Salah seorang pengguna Twitter yang membawa berita mengenai Muangthong United, Muangthong United Thailand menyatakan antara pasukan yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Yooyen ialah juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun, ejen rasmi pemain itu (FPS Management) menafikan khabar angin mengenai perpindahan ke kelab Malaysia sambil menegaskan Yooyen ingin mengikut jejak langkah Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan beraksi dalam saingan J. League.

FPS management turut mengesahkan terdapat 3 hingga 4 kelab J League menyatakan minat mereka untuk membawa masuk pemain tengah yang berusia 27 tahun itu.

Antara kelab tersebut ialah Gamba Osaka, Sagan Tosu dan Kashiwa Reysol namun belum ada perbincangan rasmi dengan pengurusan kelab Muangthong United. Dengan penularan wabak pandemik COVID-19 ketika ini, perpindahan tersebut belum pasti menjadi kenyataan.

Sarach Yooyen merupakan antara pemain tengah berpengalaman di rantau Asia Tenggara dimana beliau pernah memenangi beberapa kejuaraan bersama skuad Gajah Perang dan juga Muangthong United.

Beliau pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura selain dua trofi Piala AFF Suzuki pada 2014 dan 2016. Di peringkat kelab pula, Yooyen membantu Muangthong memenangi saingan Thai League 1 pada 2016 dan 2012 serta Thai League Cup pada 2016 dan 2017

JDT dilihat mahu membawa masuk Yooyen bagi menggantikan pemain dari Singapura yang turut menggalas tugas sebagai ketua pasukan, Hariss Harun untuk mengisi kuota pemain import Asia Tenggara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Adisak Kraisorn Mahu Beraksi Di Liga Malaysia Sebelum Bersara

Omar Abdulrahman Dikaitkan Perpindahan Ke Juara Liga India, ‘Amoory’ Diperlukan Dalam AFC Champions League

Luiz Felipe Scolari Tolak Tawaran Bimbing Skuad Kebangsaan UAE