Ejen kepada Neymar mencadangkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mengikuti jejak Neymar ke Paris Saint-Germain.

Les Parisiens dianggap tempat yang menyeronokkan untuk bintang bola sepak.

Masa depan Messi menjadi tumpuan setelah Barcelona dibunuh oleh Bayern Munich 2-8 di suku akhir Liga Juara-Juara. La Pulga dilaporkan sangat malu dengan keadaan di Blaugrana dan ingin segera pergi untuk merasakan suasana baru.

Namun Presiden Barca, Bartomeu mengesahkan bahawa Messi akan terus kekal sehingga kariernya tamat di Barcelona.

Ronaldo juga dilaporkan mengalami perkara yang sama. Dikabarkan bahawa bintang berusia 35 tahun itu akan dijual oleh Juventus kerana Old Lady itu tidak lagi dapat membayar gaji besar bekas pemain Real Madrid itu.

Berita mengenai dua bintang bola sepak, yang masa depannya menjadi spekulasi, mendorong Wagner Ribeiro untuk turut serta dalam perbualan.

Ejen Neymar itu tidak teragak-agak untuk menjemput Messi dan Ronaldo untuk meneruskan kariernya di PSG dan menjadi rakan sepasukan untuk kliennya itu.

neymar-cropped_nt21cj4i3pqf111dcxy5pnqgl

Pada pandangan Ribeiro, PSG adalah kelab besar yang dapat menyediakan semua keperluan pemainnya.

Selain itu, juara Liga Perancis juga disokong oleh dana yang banyak dari pemilik kelab, Qatar Sports Investments, yang diketuai oleh Nasser Al Khelaifi.

“Ada ketika Neymar sedih kerana cedera dan pada waktu itu dia ada terfikir ingin pergi, sama ada nak kembali ke Barcelona atau ke Real Madrid.”

“Tetapi sekarang tidak ada lagi – anda dapat melihat betapa bahagianya dia sekarang,” kata Ribeiro.

“Tinggal di ‘City of Lights’, di mana semua orang ingin berjalan-jalan, menikmati masakan Perancis, tinggal di rumah yang indah dengan rakan dan keluarga di sekitar, bermain di salah satu kelab terbaik dengan semua yang anda perlukan selalu ada tersedia.. apa alasan dia meninggalkan PSG sekarang?”

“Neymar sangat gembira dan saya fikir dia akan kekal di PSG [sekurang kurangnya] untuk dua tahun lagi. Hari ini, tanpa keraguan, pada pandangan saya, adalah lebih mudah melihat Messi untuk bergabung dengan PSG berbanding Neymar kembali ke Barcelona,”.

“Messi dan Cristiano Ronaldo. Saya serius: Anda tidak perlu meragui kekuatan ekonomi Qatar,” kata Ribeiro yang menyindir Barcelona dan Juventus yang bergelut dengan gaji pemain bintang tersebut.

Barca masih belum dapat memeterai perjanjian baharu di mana Messi meminta gaji yang sangat tinggi kali ini.

Baca juga perkembangan lain

20 Kelab Dengan Perbelanjaan Tertinggi Membeli Pemain

Alphonso Davies Faham Kenapa Lionel Messi Menolak Untuk Memberikannya Jersi

Barcelona Pecat Quique Setien