Leroy Sane nampaknya sudah membuat keputusan bahawa beliau tidak akan kekal di Man City.

Kini terserah kepada City, sama ada mahu menjual beliau pada musim panas ini, ataupun melihat pemain itu pergi secara percuma.

Kicker melaporkan bahawa, Leroy Sane tidak akan melanjutkan sebarang kontrak baharu di Etihad kerana beliau mahu menyertai Bayern Munich.

Sebelum ini beliau sudah pernah menyatakan hasratnya untuk ke Bayern Munich, namun City meletakkan harga sekitar €150 juta untuk pemain tersebut.

Sane sudah bercakap dengan Guardiola ketika itu, dan Pep sudah merestui pemergian Leroy Sane kerana tidak mampu menjamin tempat dalam kesebelasan utama setiap minggu untuk pemain itu.

Harga yang terlalu tinggi telah membuatkan Bayern Munich tidak meneruskan hasrat untuk membayar yuran perpindahan itu.

Namun beberapa hari sebelum musim 2019/20 bermula, dilaporkan Bayern Munich hampir memterai perjanjian dengan bayaran pertama €90 juta dengan Man City. Ini diikuti bayaran bonus.

Tetapi malangnya, Sane diturunkan dalam aksi berhadapan dengan Liverpool pada aksi Perisai Komuniti Inggeris, dan tercedera. Lalu perbincangan dengan Man City terpaksa ditamatkan.

Sane tidak bermain lagi sehingga ke hari ini. Beliau sudah kembali ke latihan beberapa hari sebelum lockdown diumumkan di England.

Ketika dalam proses pemulihan, Man City beberapa kali menawarkan kontrak baharu kepada pemain itu. Namun kesemuanya ditolak.

Terbaru ejen beliau, Damir Smoljan mendedahkan bahawa, tiada rahsia lagi pemain kebangsaan Jerman itu mahu ke Bayern Munich.

Dan perbincangan dengan Man city akan dilakukan selepas ini. Smoljan memberitahu BILD bahawa, hanya Bayern Munich destinasi yang dikamhukan oleh Leroy Sane.

0_GettyImages-1209304545

“Minat daripada Bayern bukan lagi rahsia. Namun banyak lagi kelab besar yang menghubungi kami untuk bercakap tentang Sane.”

“Namun Bayern Munich hanya satu satunya kelab di Jerman yang Leroy mahukan untuk fasa seterusnya dalam kariernya.”

“Beliau melihat kelab tersebut mampu untuk membantunya mencapai matlamat kariernya untuk memenangi Liga Juara Juara Eropah.”

Manchester City masih dalam proses rayuan selepas UEFA mengenakan hukuman gantung daripada kejohanan Eropah selama dua musim.

Manchester City kini dilaporkan tetap meletakkan harga Leroy Sane di atas €80 juta. Kesemua harga pemain ketika ini susut kerana pandemik koronavirus.

Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain:

Inter Mahu Griezmann Untuk Lautaro Martinez

Harry Redknapp: Kenapa Kane Perlu Ke Man United? Mereka Bukannya Lebih Baik Dari Spurs

Pengambilalihan £300 Juta Newcastle Dipersetujui, Tunggu Pengesahan EPL