Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Berita mengenai perpindahan pemain muda kacukan negara, Kobe Jae Chong yang menyertai kelab EFL Championship, Peterborough United nyata mendapat sambutan hangat baik dari peminat bola sepak tanah air dan juga di England.

Baru-baru ini, ejen Kobe iaitu Rock Sports Management berkongsi satu kisah menarik mengenai pemain muda itu sebelum berjaya mendapatkan kontrak bersama Peterborough.

Kobe bekerja di salah sebuah pasar raya iaitu Asda sebelum menyertai sesi ujian bersama Peterborough dimana beliau sering bekerja syif malam bersama pasar raya itu.

Seminggu sebelum sesi ujian bermula, Kobe memutuskan untuk menghantar surat peletakkan jawatan bagi memberikan sepenuh fokus sepanjang beraksi bersama Peterborough.

Berkat usaha dan kemampuan yang dimiliki, bekas pemain West Bromwhich Albion dan Cagliari itu berjaya menarik perhatian staf kejurulatihan sekaligus memberikan beliau kontrak profesional pertama dalam karier pemain itu.

Bersama Peterborough, Kobe akan beraksi bersama skuad B-23 tahun dan bakal menyarung jersi bernombor 36 bagi saingan musim ini.

Peminat bola sepak tanah air turut menggesa agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membawa Kobe beraksi bersama skuad B-20 tahun negara yang akan menghadapi saingan kelayakan AFC B-23 di Mongolia pada Oktober ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Kobe Chong di sini:

Jurulatih Akademi Peterborough Sambut Baik Kehadiran Kobe Chong

Kobe Chong Sertai Kelab Liga Kejuaraan, Peterborough United

V Annil Mahu Gunakan Pengalaman Bersama SGV Freiburg Bantu Skuad B-20 Tahun Negara

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group