Selepas berita mengenai penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam dikaitkan dengan perpindahan ke Cerezo Osaka beberapa hari yang lalu, ejen pemain tersebut kini mendedahkan bahawa ada 2 buah kelab yang berpangkalan di eropah turut mahu membawa Dang Van Lam bersama pasukan masing-masing.

Memetik laporan media di Vietnam, ejen Dang Van Lam mendedahkan bahawa S.C Braga yang beraksi dalam saingan Primeira Liga di Portugal serta FC Dynamo Moscow yang bermain dalam Russian Premier League turut menyertai perebutan untuk memiliki Dang Van Lam.

SiamSport semalam menyebut bahawa kelab semasa pemain kacukan Russia dan VIetnam itu – SCG Muangthong United, bersedia melepaskan Dang Van Lam pada harga sekitar THB15 juta hingga THB20 juta (RM2.01 hingga RM2.67 juta).

Namun, ejen pemain itu juga tahu bahawa sekiranya Dang Van Lam menyertai kelab di eropah, beliau berkemungkinan akan menjadi penjaga gol pilihan ke-3 atau ke-4 dan ini bermakna peluang untuk beliau diturunkan adalah tipis.

GK

Berbalik kepada Cerezo Osaka, kelab J1 League itu beberapa hari yang lalu nampaknya sudah mula ‘menyusun’ pemain-pemain diposisi penjaga gol untuk membuka ruang kepada Dang Van Lam dimana Takumi Nagaishi sudah dipinjamkan ke kelab J2 League – Avispa Fukuoka dan Anh Joon-soo iaitu penjaga gol U23 Korea Selatan juga disahkan telah berhijrah ke Busan IPark FC.

Berdasarkan kepada situasi semasa, hanya Kim Jin Hyeon yang dikekalkan dan berkemungkinan besar Dang Van Lam akan menjadi back-up kepada bekas penjaga gol kebangsaan Korea Selatan itu nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

87% Mata AFC MA Ranking Malaysia Disumbangkan Oleh Pasukan JDT Dalam 4 Musim Terkini

Park Hang-seo:”47 Pemain Import V.League, 70% Adalah Penyerang. Macam Mana Nak Dapat Penyerang Tempatan?”

“Era Kita Seronok Lihat Pemain Jepun Ke Luar Negara Sudah Tamat. Bukan Sekadar Hantar Pemain Ke Eropah.”