Pemain bintang Thailand, Chanathip Songktasin memutuskan untuk menukar agensi bagi mencari peluang untuk beraksi di kancah bola sepak Eropah.

Chanathip mengambil khidmat FPS Management & Consulting, sebuah agensi yang juga digunakan oleh pemain Thailand lain seperti Kawin Thamsatchanan, Sarach Yooyen, Pansa Hemviboon dan Thitiphan Puangcan selain beberapa pemain import yang beraksi di saingan Thai League 1 seperti Sergio Suarez (Port FC).

Bundesliga
Sumber Gambar: K League United

“Messi Jay” menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan J. League musim ini dimana beliau telah membuat 5 penampilan, menjaringkan 1 gol dan menyumbang 3 assist bagi Consadole Sapporo.

Menurut laporan SMM Sports, agensi berkenaan telah menghantar profil Chanathip ke beberapa kelab Bundesliga, terutamanya pasukan yang menamatkan saingan di posisi pertengahan bagi saingan musim 2019/2020.

Mana-mana kelab Bundesliga yang mahu mengambil khidmat Chanathip perlu membayar yuran perpindahan sebanyak €1.90 Juta atau RM9.3 Juta. Chanathip mempunyai baki kontrak tiga tahun bersama Consadole.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin yang telah kami sediakan di sini:

Chanathip Percaya Akira Nishino Mampu Bawa Thailand Rampas Takhta “Raja” Asia Tenggara

Chanathip Sasar Beraksi Di Eropah, Mahu Buka “Jalan” Untuk Pemain Muda Thailand

Media Thailand Senaraikan 5 Pengganti Chanathip Songkrasin Bagi Hadapi Piala AFF Suzuki 2020