Kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt mahu memperpanjang kontrak pemain sayap skuad kebangsaan Jepun, Daichi Kamada setelah pemain itu menampilkan prestasi cemerlang musim ini.

Kontrak sedia ada Kamada akan berakhir pada tahun 2021 dan Pengarah Sukan Eintracht, Bruno Hübner menyatakan pihak kelab berbesar hati untuk terus bekerjasama bersama pemain berusia 23 tahun itu.

“Kami mahu meneruskan kerjasama bersama beliau. Kamada telah menampilkan prestasi terbaik, terutamanya pada perlawanan di peringkat Eropah.

Eintracht Frankfurt
Sumber Gambar: Kyodo News

“Kamada merupakan pemain penting, kreatif serta mampu menjaringkan gol yang mana boleh mengubah nasib pasukan. Kami mahu menyambung kontrak beliau,” kata Hübner.

Kamada telah tampil dalam 41 perlawanan dalam semua kejohanan bersama Eintracht Frankfurt dan berjaya menjaringkan 10 gol musim ini. Sabtu lalu, pemain yang pernah dipinjamkan ke Sint-Truidense pada musim 2018-2019 lalu membantu Eintracht menewaskan VfL Wolfsburg dengan keputusan 2-1.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun yang beraksi di Eropah di sini:

Barcelona Batalkan Niat Dapatkan Pengganti Hiroki Abe Kerana Kekangan Ekonomi

Takefusa Kubo Mahu Berada Dalam Perancangan Zinedine Zidane Musim Hadapan

Senarai 10 Pemain Asia Termahal Bagi Musim 2019/2020