Pemain muda berasal dari Indonesia yang berusia 17 tahun, Egy Maulana Vikri, sah menandatangani kontrak profesional bersama sebuah kelab Liga Ekstraklasa Poland, Lechia Gdansk.

Egy Maulana juga sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah kelab dari Asia termasuk Selangor FA, Brisbane Roar serta Chainat Hornbill selain pernah menjalani sesi percubaan dengan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Benfica, Sporting Lisbon, Getafe, Espanyol, Legia Warsaw dan Saint-Etienne.

Walaupun masih berumur 17 tahun, Egy Maulana telah diberi kepercayaan untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior Indonesia pada 2 Disember 2017 ketika skuad Garuda bertemu Brunei dalam 2017 Aceh World Solidarity Tsunami Cup.

Impian Egy Maulana Merantau Menjadi Kenyataan

018900300_1520773339-egyy

“Saya sangat bangga dapat berada disini. Ini seperti sebuah mimpi saya mampu berada di Eropah. Semoga saya boleh memberi yang terbaik kepada pasukan ini.”

“Bagi saya sebuah impian itu mampu menjadi kenyataan asalkan kita mempunyai keyakinan dan bekerja keras”, jelas Egy Maulana Vikri.

Egy juga turut memberitahu kepada media bahawa alasan utama beliau memilih Lechia Gdańsk adalah untuk membina tapak di Eropah. Pihak kelab juga telah membuat keputusan untuk memberi jersi nombor 10 kepada Egy dan ini telah membuatkan beliau merasa terharu dan dihargai.

6-2

Egy juga mendapatkan pertanyaan dari jurnalis Polandia mengenai adanya tawaran dari klub Eropa lain dan keputusannya bergabung bersama Lechia Gdansk. Egy pun mengungkapkan keyakinannya Lechia Gdansk bisa menjadi tim terbaik yang mengantarkan kariernya di Eropa.

“Saya ada menerima beberapa tawaran melalui ejen saya dari beberapa buah kelab di Jerman, Sepanyol, Perancis dan juga Portugal. Namun, selepas berbincang bersama keluarga, saya memilih pasukan ini kerana pada hemat saya kelab ini mampu menjadi batu loncatan kepada saya mengembangkan bakat di Eropah”.

Kedudukan  Lechia Gdańsk Dalam Liga Ekstraklasa Poland

Ketika ini, Lechia Gdańsk berada dikedudukan ke 13 Liga Ekstraklasa 2017-2018, mengumpul 27 mata dari 27 perlawanan – 6 menang, 10 seri dan 11 kalah.

Menurut laporan dari 90min.com, Lechia Gdańsk telah ditolak 1 mata dari jumlah asal 28 mata kerana kegagalan pasukan untuk memenuhi syarat perlesenan kelab yang telah ditetapkan dalam saingan Liga Ekstraklasa.

2018-03-12_11-07-06

Tidak Dapat Beraksi Sehingga 8 Julai 2018

Walaubagaimanapun, Egy Maulana hanya akan dibenarkan bermain mulai 8 Julai 2018, selepas umurnya cukup 18 tahun dan sehingga tarikh itu dijangkakan Egy akan menjalani latihan bersama pasukan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

 

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group