Pengarah Teknikal Arsenal, Edu menyatakan bahawa kelab memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mikel Arteta.

Edu juga menegaskan bahawa Arsenal juga sangat yakin bahawa Mikel Arteta akan membimbing kelab mereka ke arah masa depan yang sangat sangat besar.

Arteta menerima banyak kritikan selepas meletakkan kelab di kedudukan ke-15 dalam liga pada ketika ini. Ia adalah permulaan terburuk Arsenal sejak 1974/75.

NINTCHDBPICT000625518884

Edu tidak menafikan bahawa Arteta perlu untuk memastikan pasukan lebih konsisten. Dan pada masa yang sama Edu yakin Arteta adalah individu paling tepat untuk mengendalikan pasukan Arsenal.

“Saya boleh nampak masa depan yang sangat sangat. Agak pelik untuk berkata perkara seperti itu pada masa ini, tetapi saya kena bersikap adil. Itulah cara saya melihat gambaran yang berlaku ketika ini.”

“Saya sentiasa percaya, dan dia tahu, ianya akan menjadi cabaran yang besar.”

“Kita harus bersabar. Saya tahu, nak minta orang bersabar untuk Arsenal merupakan sesuatu yang pelik kerana semua orang berkata begitu sejak sekian lama.”

“Tetapi saya di sini hari ini untuk berkata bahawa semuanya baik-baik sahaja secara dalaman tetapi kemenangan itu tidak muncul, namun saya fikir kita akan mengubah keadaan tidak lama lagi.

“Saya fikir kelab memerlukan kestabilan sekarang, kami telah banyak berubah.”

“Ini bukan soal Edu, Mikel, ini soal kestabilan. Sekarang adalah masa untuk mencuba dan menjadi kelab seperti yang dulu – secara luaran dan dalaman, kita memerlukannya.”

“Sejak kami tiba di sini, kami telah berubah, berubah, berubah, sekarang saatnya untuk stabil dan bersatu pada waktu yang sama.”

“Saya melihat para pemain kami. Dan mereka semua percaya dengan apa yang kami sedang lakukan. Itu adalah isyarat yang penting.”

“Arteta melakukan tugasnya dengan hebat. Kita dalam proses untuk memiliki masa depan yang indah bersama Mikel. Jika kamu boleh menandatangani 20 pemain sekalipun, kita akan berbuat sedemikian, ianya tidak akan berkesan dengan cara itu.”

“Kenapa semua orang mengharapkan magis itu terus ‘boom’! datang Messi?  Itu tidak akan berlaku.”

Tentang laporan yang menyatakan Arteta mulai hilang kawalan ke atas pemain. Edu menafikan perkara itu.

“Saya mula mendengar dari pihak luar, dari media kononnya, pemain ada masalah, beberapa pemain tak percayakan Mikel, Mike dan David [Luiz] tidak bercakap, itu semua tidak tepat.”

“Tiada apa berlaku seperti yang digambarkan orang luar. Saya tak mahu perkara perkar sebegini berkembang secara luaran, kerana ianya sesuatu yang tidak benar secara dalaman.”

“Kalau kamu lihat sekarang, ramai pemain muda diberikan peluang. Joe Willock. Emile Smith Rowe, Ainsley Maitland-Niles sudah bermain dengan kesebelasan utama negaranya, Bukayo Saka sangat luar biasa.”

“Ramai pemain muda kami, dan jangan lupa Kieran Tierney, Gabriel, Gabriel Martinelli kesemua mereka masih muda.”

“Saya sangat berminat mahu melihat masa depan kelab ini, apabila anda semua bercakap tenyang pemain ini – kami ada masa depan yang indah.”

Baca juga perkembangan lain

UCL: Ini Hasil Undian Kalah Mati, Neymar Berdepan Kelab Lamanya

Evra: Henry Terus Tutup TV Apabila Melihat Xhaka Menjadi Kapten Arsenal

Tewaskan Levante, Koeman Laung Keyakinan Barcelona Mampu Juara La Liga

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group