Edu Gaspar membuat kenyataan mengejutkan ramai pihak tentang Borussia Dortmund. Beliau menegaskan bahawa ketika ini Arsenal tidak berminat untuk berunding dengan mana mana pemain kelab Bundesliga itu.

Arsenal dan Borussia Dortmund merupakan 2 kelab yang beberapa kali terlibat dalam perpindahan pemain yang hebat. Antaranya Tomas Rosicky dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Walaubagaimanapun, dalam pasaran perpindahan musim panas ini, nampaknya kerjasama perpindahan pemain kedua-dua kelab itu sukar untuk berlaku.

Pengarah Bola Sepak Arsenal, Edu telah mendedahkan mengapa pasukannya enggan menandatangani pemain Dortmund. Ini kerana pemain pemain mereka hanya berminat dengan wang berbanding projek kelab.

Dalam temu bual dengan The Athletic, pengarah bola sepak itu berkongsi tentang prosedur dan sistem yang digunakan Arsenal untuk merekrut pemain.

Edu menjelaskan dia akan menggunakan pandangan pertamanya ke atas pemain ketika mendengar pembentangan projek bola sepak di Arsenal. Edu berkata:

“Saya pergi ke sana, saya bertemu pemain, jika saya perlu pergi ke Jerman, di mana-mana sahaja. Saya mahu bertemu dengan pemain, ejen, keluarga.”

“Kemudian saya akan cuba ‘menjual’ tentang projek kami, dan apa yang kami mahu lakukan.”

“Oleh itu, ia berfungsi dua hala, bukan? Saya ingin menunjukkan kepada mereka tetapi, dalam pada masa yang sama saya juga mahu melihat sama ada mereka berminat mendengarnya atau tak.”

“Ini kerana jika saya terhidu sesuatu yang tak kena, maka terima kasih banyak-banyak sahajalah. Saya pergi [dan tak menandatangani pemain itu].”

Dia turut bercerita pengalaman pahitnya ketika di Dortmund.

Edu menambah: “Saya mempunyai pengalaman seperti ini, untuk pemain di Dortmund. Saya mula bercakap dengan mereka, melibatkan pemain, bercakap dengan keluarga, tetapi selalunya mereka akan bertanta, ‘Ya, tetapi bagaimana dengan kontrak saya?’.”

“Saya berkata, ‘Dengar, saya mahu faham dahulu jika kamu benar benar mahu terlibat dengan ini, jika kamu suka ini. Kalau kamu bermina, baru saya boleh bercakap lebih lanjut [soal kontrak], tapi jika tidak, mala sebaliknya’. ”

“Malangnya mereka berkata, ‘Ah tak perlu [sembang panjang lebar], mari kita bercakap tentang wang…’.”

“Dan pada suatu hari, saya berkata kepada ejen itu: ‘Kawan, terima kasih banyak-banyak, bukan itu yang saya mahu lakukan’.”

Setakat ini Arsenal telah membeli pemain seperti Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko ke dalam skuad mereka dalam musim panas kali ini.

Jelas sekali pendekatan Edu membawa masuk pemain yang tepat dan memahami cita cita kelab.

Sebelum ini Arsenal pernah berminat mendapatkan Manuel Akanji. Laporan menyebut bahawa pemain itu lebih suka ke Manchester United kerana tawaran di sana biasanya lebih tinggi dari segi gaji.