Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan mereka telah menandatangani pemain dari Kyrgyzstan, Edgar Bernhadt sebagai pemain import baru pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

KFA membuat pengumuman mengenai kehadiran Bernhardt menerusi laman media sosial rasmi pasukan pada semalam.

Bernhardt, yang berusia 33 tahun dibawa masuk bagi menggantikan pemain dari Iraq, Anmar Almubaraki yang masih menjalani proses pemulihan daripada kecederaan lutut yang dialami. Ini bermakna Bernhardt akan mengisi slot pemain import Asia skuad Lang Merah.

Edgar beraksi untuk 16 buah pasukan antaranya GKS Tychy FC dan Stal Mielec sepanjang karier profesional beliau. Pemain yang menjadi ketua pasukan skuad kebangsaan Kyrgyzstan dalam saingan Piala Asia awal tahun ini juga mempunyai pengalaman beraksi di salah satu Liga dalam rantau Asia Tenggara.

Edgar Bernhardt
(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Bernhardt pernah beraksi bersama kelab Thai League 1, PT Prachuap selama satu musim pada tahuj 2015 hingga 2016.

Menurut Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Samsudin Edgar Bernhadt akan memakai jersi bernombor 60 dan KFA yakin kehadiran beliau akan memantapkan lagi pasukan.