Real Madrid membuat tindakan mengejutkan apabila meletakkan bintang €120 juta mereka dalam senarai untuk dijual.

Selepas perlawanan final UCL musim lalu, Eden Hazard menyatakan bahawa dia akan memberikan aksi terbaiknya pada musim akan datang.

Namun kini masa depan Hazard menjadi tanda tanya. Real Madrid sedia mendengar tawaran untuk pemain antarabangsa Belgium itu.

Sejak menyertai Real Madrid pada 2019, Eden Hazard bergelut dengan prestasi dan juga masalah kecergasannya.

Dia yang dicanang untuk menjadi pengganti terbaik buat Cristiano Ronaldo, nampaknya sangat jauh di bawah standard yang diharapkan.

Malah dalam 2 kejuaraan La Liga dan UCL terakhir Real Madrid, Hazard boleh dikatakan tidak memainkan perananannya sebagai bintang.

Ini selepas beliau menunjukkan aksi sangat konsisten dan cemerlang bersama dengan Chelsea pada sebelum itu.

Real Madrid sanggup membayar lebih 100 juta euro untuk pemain yang hampir menjadi ejen bebas pada masa itu.

Ia jelas menunjukkan bahawa Real Madrid benar benar percaya bahawa Hazard akan menjadi bintang utama mereka.

Hazard menunjukkan peningkatan prestasi dalam beberapa bulan terakhir.

Malah Carlo Ancelotti turut menyatakan kepercayaannya buat Eden Hazard.

Tetapi segalanya masih belum cukup untuk menjamin tempatnya dalam pasukan Real Madrid musim hadapan.

Peningkatan mendadak prestasi Vinicius Jr membuatkan Real Madrid tidak merasakan Hazard adalah satu kehilangan buat mereka.

Real Madrid dalam misi mempertahankan 2 piala mereka pada musim hadapan iaitu La Liga dan juga Liga Juara Juara Eropah.

Sebelum ini Real Madrid sudah melepaskan Gareth Bale secara percuma.