Bekas pengendali Bournemouth, Eddie Howe dilaporkan semakin hampir untuk bergelar pengurus baharu Newcastle United selepas beliau secara prinsip telah bersetuju untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Steve Bruce, bulan lalu.

Perkembangan terbaharu ini dilaporkan oleh Sky Sports yang mengatakan kedua-dua belah pihak telah mencapai persetujuan untuk mengikat Howe selama dua tahun setengah.

Pengurus berusia 44 tahun itu dikatakan telah mengadakan rundingan secara lanjut bersama Newcastle United bagi membincangkan tentang perancangannya.

Sky Sports turut mendedahkan pemilik Newcastle kagum dengan perbentangan pandangan Howe yang begitu terperinci mengenai The Magpies.

Sebelum ini beberapa nama seperti Antonio Conte, Paulo Fonseca, serta Unai Emery telah dikaitkan dengan kelab yang baharu sahaja mendapat suntikan dana daripada pemilik baharu.

Howe mempunyai reputasi baik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila beliau berjaya membawa Bournemouth layak ke saingan liga paling popular itu buat pertama kali pada musim 2015/16.

Beliau turut pernah dinobatkan selaku ‘Pengurus Terbaik Bulanan’ sebanyak tiga kali dan menarik untuk diperkatakan, Howe merupakan pengurus pertama dalam kempen EPL yang secara sukarela bersetuju untuk memotong gajinya berikutan kesan daripada wabak COVID-19.

Eddie Howe akhirnya memilih untuk meninggalkan Bournemouth pada 1 Ogos 2020 dengan persetujuan bersama selepas kelab tersebut tersingkir ke persaingan EFL Championship.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Steve Bruce Tinggalkan Newcastle United Dengan Persetujuan Bersama

Kenali Toon Army Malaysia, Pendukung Jatuh Bangun Newcastle United

TERKINI: Kelab EPL Halang Newcastle Dapat Tajaan Luar Biasa Dari Syarikat Minyak Saudi

Sumber