Sebelum ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa Ed Woodward meletakkan jawatannya dari kerusi Naib Pengerusi Eksekutif Man United selepas kecewa dengan tindakan majoriti ahli lembaga pengarah Man United yang mengumumkan menarik diri dari ESL.

Terbaru, terdapat laporan yang cuba menyucikan nama Woodward dengan melaporkan Woodward meletak jawatan kerana tidak menyokong tindakan pemilik kelab yang mahukan ESL.

Beberapa pemilik EPL melaporkan bahawa laporan itu sebagai tak tepat dan kelakar. Malah mereka menyatakan bahawa Ed Woodward cuba meyakinkan mereka tentang ESL.

Sumber Sky Sports turut melaporkan Ed Woodward terlibat dalam usaha membentuk ESL sejak hari pertama lagi.

Sebelum ini, Presiden UEFA, Aleksandr Ceferin melabel Ed Woodward dan Agnelli sebagai gunting dalam lipatan. Di mana Ceferin yang merupakan bekas peguam jenayah menuyatakan beliau tak pernah melihat orang seperti Ed Woodward yang sangat cepat berpaling tadah.

“Saya menjadi peguam jenayah untuk 24 tahun. Namun tak pernah lagi berjumpa dengan orang seperti itu. Jika saya mulakan dengan Woodward, dia hubungi saya pada Khamis dan menyatakan dia sangat berpuas hati dan menyokong usaha reformasi yang kami mahu lakukan.”

“Jelas sekali dia sudah ada agenda lain. Andrea Agnelli adalah yang paling mengecewakan. Saya tak pernah lagi melihat manusia yang paling banyak berbohong seperti dia, ianya sukar dipercayai.”

Woodward rasmi mengumumkan perletakan jawatannya selepas tamat musim ini. Pengumuman itu muncul hanya beberapa jam selepas Man United dilaporkan menarik diri dari ESL.

Baca juga perkembangan lain

‘Sayang United, Bencikan Glazers’: Kisah Panjang Kebencian Penyokong United Kepada Pemilik Kelab

UEFA Cuba Sedaya Upaya Untuk Singkir Real Madrid Dari UCL Musim Ini Dan Musim Hadapan

RASMI: Manchester City Tarik Diri Daripada ESL, Beberapa Kelab Lain Bakal Menyusul