Pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah telah mencapai kata sepakat untuk memperkenalkan Economic Control Program (ECP) secara berperingkat bermula musim hadapan sebelum pelaksanaan secara menyeluruh dan lebih ketat dibuat pada musim 2021.

Menurut MFL, langkah ini dibuat bagi memudahkan rakan kongsi selaku pasukan bertanding memahami konsep ECP dengan lebih mendalam. Sebahagian daripada pasukan iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Petaling Jaya City FC (PJ City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bertemu dengan MFL bagi mendapatkan reaksi dan maklumbalas berkenaan dengan ECP.

ECP
Sumber Gambar: MFL

Tambah badan tersebut, penerangan secara menyeluruh kepada semua pasukan akan dilakukan pada pertengahan November ini menerusi satu seminar yang akan dikendalikan oleh wakil perunding ECP PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn. Bhd, LaLiga dan juga MFL.

Seminar itu akan diadakan selepas peraturan ECP dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL pada awal November ini. MFL optimis ECP yang sebelum ini telah dipratikkan dalam saingan LaLiga bakal menjadi satu anjakan paradigma dalam arena bola sepak tempatan.

Selain itu, MFL berharap ECP dapat mendidik pasukan-pasukan dalam saingan Liga Malaysia agar berbelanja dengan lebih berhemah serta bebas daripada segala hutang terutamanya membabitkan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Baca artikel lain mengenai ECP di sini:

MFL Perkenal Program Kawalan Ekonomi

PAFA Mahu Manfaatkan Program Kawalan Ekonomi Sepenuhnya