EA terus menjana wang lumayan menerusi mod FIFA Ultimate Team. Di mana mereka kini sudah mengaut keuntungan lebih $1 billion untuk tahun ketiga berturut turut.

Menurut laporan kewangan FIFA pada 2020, FUT menjadi penyumbang utama kepada keuntungan mereka dalam permainan video berbanding dengan yang lain.

Secara keseluruhan, pada 2019, EA meraih $1.37 billion / RM5.56 billion daripada permainan mod FUT sahaja. Namun tahun berikutnya ia melonjak kepada $1.49 billion ataupun RM6.05 billion. Ianya peningkatan $120 juta daripada 2019.

Ini adalah tahun ketiga berturut turut FIFA meraih kutipan lebih $1 billion menerusi FUT.

Keuntungan keseluruhan FIFA mencecah $5.5 billion dengan $2.7 billion adalah daripada wang para pemain yang membelin konten tambahan dalam permainan mereka.

Tahun 2020 menjadi tahun paling sukses FIFA setakat ini.

Menurut Biz. dalam tempoh 3 bulan sehingga Disember, keuntungan mereka meningkat kepada 5% ataupun $1.67 billion.

Pada 2015, FUT berjaya meraih $587 juta sahaja. Dan terus meningkat saban tahun. Pada 2018, FUT menyumbang kepada pendapatan sekitar $1.18. Buat pertama kalinya ianya berada di atas paras $1 billion.

Selepas itu, EA tidak menoleh ke belakang lagi. Dan ini laporan ringkas daripada kutipan mereka menerusi FUT.

Perkhidmatan langsung / live service EA kini berada pada paras terbaik mereka. Di mana ianya menyumbang kepada hampir 72% daripada keuntungan keseluruhan mereka.

Dan pada hari ini terdapat 6 juta pemain yang aktif bermain FIFA Ultimate Team pada Disember.

COO dan CFO iaitu Blake Jorgensen berkata: “Kita menunjukkan prestasi pada suku yang kuat sekali lagi, ianya dipacu oleh servis langsung daripada Ultimate Team dan Apex Legend.”

Selain itu, beliau juga mengakui tempoh lockdown dan pandemik ini telah membantu mereka meningkatkan lagi jualan. Kerana berjuta juta manusia dilockdown terutama sekali tahun lalu.

Angka itu dijangka akan meningkat lagi pada laporan untuk tahun kewangan 2021.

Berapa sumbangan korang kepada keuntungan EA menerusi FUT?

Baca juga perkembangan lain

‘Itu Bukan Penalti La’

TERKINI: Bartomeu Dan CEO Semasa Barca Ditahan Kerana Skandal ‘Cybertrooper’ Burukkan Pemain Sendiri

Adakah Mourinho Sindir Zidane?