Axello

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang Juventus Paulo Dybala disahkan positif Koronavirus sekali lagi.

Ini merupakan kali keempat penyerang tersebut disahkan positif Covid-19 dalam masa 6 minggu.

Paulo Dybala disahkan positif Covid-19 buat kali pertama pada 21 Mac lalu bersama teman wanitanya, Oriana.

Di mana beliau terus dikuarantin di rumahnya dan diberikan rawatan.

Menurut akhbar El Chiringuito, Dybala telah melalui empat ujian Covid-19 dalam masa enam minggu.

Dan kesemua 4 sesi tersebut menunjukkan beliau positif pandemik tersebut.

Laporan yang sama menyatakan bahawa teman wanita Dybala beransur pulih dan lebih baik.

Namun agak malang untuk pemain tersebut kerana beliau terus berhadapan dengan komplikasi.

Sebelum ini penyerang kebangsaan Argentina itu berkongsi kisahnya ketika mengalami Covid-19 di mana beliau menyatakan dirinya sangat sukar bernafas.

Selepas dilaporkan semakin pulih, Dybala diuji sekali lagi untuk covid-19. Tiga ujian saringan beliau selepas itu menunjukkan kesan yang sama iaitu positif.

Juventus kini sedang merancang untuk kembali semula ke pusat latihan.

Namun mereka berdepan dengan masalah di mana beberapa pemain utama mereka masih berada di luar negara ataupun kampung halaman masing masing.

Semalam pihak Liga Itali memberikan bayangan bahawa kerajaan sudah memberikan lampu hijau untuk tiga bersambung kembali.

Garis panduan untuk mengadakan sesi latihan sudah ku diberikan oleh kerajaan. Di mana setiap pasukan perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Diharap Dybala akan pulih sepenuhnya daripada wabak Koronavirus ataupun COVID-19.

Italy merupakan negara yang paling teruk terjejas kerana Covid-19.

Baca juga perkembangan lain bola sepak Eropah:

Ligue 1 Batalkan Musim 2019/20 Selepas Larangan Kerajaan

Serie A Bakal Sambung Aksi

Pemain Chelsea Tak Setuju Dipotong Gaji 30%

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group