Jurulatih Tottenham Hotspur, Jose Mourinho, memuji prestasi dan gandingan mantap di antara Harry Kane dan Son Heung-min.

Namun, jurulatih Portugal itu menyatakan semua ini berlaku kerana pengurusan lama sebelum ini. Sudah pastinya ia merujuk kepada Pochettino dan staf kejurulatihannya.

Mourinho mengakui Maurichio Pochettino, memainkan peranan besar dalam prestasi baik mereka berdua di atas padang – dan beliau bertuah dapat mewarisi gandingan ini.

Pengaruh Pochettino telah menjadikan duo ini sebagai antara duo paling bahaya Liga Perdana Inggiers musim ini dan musim sebelumnya.

Kane dan Son kelihatan sangat bagus di barisan serangaan Tottenham awal musim ini.

Kedua-duanya menyumbang gol dan assist yang banyak untuk Spurs, di mana sebanyak 20 gol dan 13 assist telah dihasilkan oleh gandingan mereka.

Mereka berdua sekali lagi bergandingan dalam membantu menghasilkan gol tunggal perlawanan menentang Burnley, memastikan Spurs mendapat 3 mata berharga daripada aksi yang agak sukar.

“Ini adalah kerjasama yang baik sejak dari zaman Maurcio (Pochettino). Saya sendiri tidak mahu mendapat semua pujian, mari kita berkongsinya dengan Mauricio.”

“Mereka bermain bersama untuk waktu yang lama, mungkin dengan cara yang berbeza kerana Harry tidak selalu di posisi sembilan sekarang.”

“Apa yang lebih menggembirakan saya ialah mereka adalah dua pemain kelas tinggi, tetapi rakan rapat, tidak ada cemburu, mereka berdua bermain untuk pasukan,” sambung beliau lagu.

“Kredit kepada mereka, dua pemain hebat, dua pemain hebat. Kami berharap prestasi ini berterusan dan juga memberi kesan positif kepada pasukan, “sambung Mourinho.

Sebelumnya, Kane juga mengakui bahawa dia mulai merasa selesa dalam bergandingan dengan Son Heung-min di bahagian serangan.

“Saya rasa ini luar biasa. Sonny (Son) dan saya telah menjalin kerjasama yang baik baru-baru ini dan semoga ia berterusan,” kata Kane.

Baca juga perkembangan lain

Bilic: Saya Mahu Hegazi Kekal, Dan Tiba Tiba Dia Dah Dijual

Bartomeu Minta Kerajaan Tangguh Usul Tidak Percaya Nak Singkirkannya Demi Keselamatan Rakyat

Ancelotti Anggap Kad Merah Digne Pun Ada Kaitan Dengan Van Dijk