Masih ingatkah drama perpindahan kontroversi Akhyar Rashid daripada pasukan Kedah FA ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal Januari lalu sehingga menjadi pendebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan?

Pemain itu dikehendaki membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA sebelum berhijrah ke pasukan lain manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.

Bagaimanapun, KFA tidak berpuas hati dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika itu terpaksa membawa kes tersebut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) setelah pelbagai saluran lain tidak menampakkan sebarang penyelesaian.

Namun, disebabkan tiadanya tribunal timbang tara yang sepatutnya diwujudkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurut Artikel 67 Statut FAM,  kes tersebut dibawa ke Asian International Arbitration Centre (AIAC) di Kuala Lumpur.

Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata keputusan kes tersebut akan diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini atau Januari depan.

“Setelah gagal membawa kes ini ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia telah dirujuk ke AIAC. Bagi kes tuntutan KFA terhadap Persatuan Bola Sepak Johor pula, ia seolah-olah tidak bergerak kerana sehingga kini masih belum memasuki fasa rayuan.

“Jadi, KFA mengharapkan pihak FAM dapat bertindak dengan telus dalam menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya dalam Astro Awani.

78546828_2914968421868949_6859877209180471296_o
FOTO: KFA

Wang sumbangan Tabung CAS digunakan untuk tampung kos guaman

Dalam pada itu, Mukhriz turut menjelaskan duit sumbangan yang telah dikutip untuk Tabung CAS (Mahkamah Timbang Tara) KFA yang berjumlah RM50,000 telah habis digunakan untuk menampung kos guaman bagi kes tersebut dan KFA juga terpaksa menampung segala kos tambahan.

Selain itu, KFA turut mendapat sumbangan daripada beberapa syarikat bagi membolehkan mereka menuntut keadilan supaya segala kelemahan dalam sistem perpindahan bola sepak Liga Malaysia dapat didedahkan kepada para penyokong.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Selangor United Bakal Ditukar Nama Kepada Sarawak United?

Liridon Krasniqi Dilihat Sedang Menjalani Latihan Bersama Pasukan JDT, Sedia Beraksi Untuk Harimau Malaya 2020?

Kontrak Segera Habis, Ricky Fajrin Didekati Klub Thailand Dan Malaysia

Sumber