Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengumumkan pengambilan saham 80 peratus kelab bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) oleh gabungan dua syarikat tempatan iaitu Flumen Holdings & Go Auto Group terpaksa dibatalkan.

Sanusi menjelaskan rundingan tersebut tidak diteruskan kerana pihaknya tidak dapat memenuhi permintaan syarikat itu yang mahukan beberapa bidang tanah di negeri Kedah.

“Semalam saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan tersebut dan pasukan bola sepak negeri kedah darul aman akan dikendalikan sepenuhnya oleh KDA FC yang ditubuhkan oleh KFA.

“Permintaan daripada syarikat itu tidak dapat dipenuhi oleh KFA dan kerajaan negeri.

“Ia permintaan yang terlalu besar untuk kita lepaskan, depa minta tanah, tak dapat nak penuhi, antaranya ialah tanah masih berstatus pertanian, kemudian nak ditukar ke tanah industri.

“Kemudian tu, adalah cara-cara bayaran yang saya tidak dapat beri kelulusan atas pertimbangan saya sebagai menteri besar kerana perkara ini akan mendatangkan kerugian daripada faedah kepada rakyat negeri ini,” katanya

Sebelum ini, Sanusi berkata kerajaan negeri Kedah telah bersetuju untuk memberikan tanah keluasan 300 hektar di Sungai Petani untuk pembinaan kilang syarikat tersebut dengan pelaburan kenderaan berteknologi berasaskan elektrik. Pelaburan tersebut dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

Screenshot-381-852×500

Selain itu, Sanusi turut mendedahkan pihaknya sudah beri banyak peluang kepada syarikat tersebut namun keputusan tidak meneruskan rundingan adalah muktamad termasuk pemilikan Stadium Darul Aman dan Stadium Suka Menanti.

“Syarikat lain saya terus offer lah untuk terus datang dan berunding dengan KFA. Antara lain adalah pemilikan stadium. Stadium ini milik perbadanan stadium, dia minta stadium tu, kita tak boleh la. Itu harta orang lain.

“Stadium Darul Aman dan Suka Menanti di bawah kendalian dan hak milik perbadanan stadium, jadi ada enakmen, kita tak boleh serah kat orang lain macam tu saja. Itu hak perbadanan jadi kita tak dapat nak lepaskan perkara-perkara itu,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

10 Pasukan Liga Super Telah Memohon Lesen AFC Untuk Musim 2022 Kecuali Sri Pahang Dan Sabah

Kurniawan Dwi Yulianto Berikan Sebab Mengapa Sabah Tidak Ambil Khidmat Jorge Pereyra Diaz

Syafiq Ahmad Sertai Sesi Latihan Johor Darul Ta’zim

Penyokong ‘The Red Warriors’ Teruja Dengan Jersi Musim 2021 Sehingga Mahu Jadikan Sebagai Baju Raya