Kelab Thai League 1, BG Pathum United sedang giat memburu dua penyerang iaitu pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dan pemain Shimizu S-Pulse, Teerasil Dangda bagi memperkuatkan jentera serangan musim hadapan.

BG mahu membawa pulang Diogo ke Thailand dimana mereka yakin kontrak pemain dari Brazil itu yang akan berakhir pada hujung tahun ini tidak akan disambung sekaligus membolehkan mereka mendapatkan khidmat bekas penyerang Buriram United itu.

Bagi situasi Teerasil pula, ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand itu sedang bergelut untuk tampil dalam kesebelasan utama Shimizu dan BG dilihat akan menggunakan isu ini untuk membawa pulang Teerasil.

Penyerang
Sumber Gambar: Teerasil Dangda Fans Club

Jika kedua-dua pemain ini menyertai BG Pathum, maka penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha akan menerima cabaran kuat untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan. BG juga akan tampil dengan salah satu kesebelasan terbaik musim hadapan jika berjaya mendapatkan khidmat Teerasil dan Diogo.

Kelibat Teerasil dan Diogo dilihat sudah pasti mengisi posisi di bahagian serangan sambil dibantu oleh pemain dari Jepun, Mitsuru Maruoka. Posisi penjaga gol pula akan diisi oleh Chatchai Budprom. Bahagian pertahanan pula diisi oleh Victor Cardozo, Andres Túñez dan pemain Singapura, Irfan Fandi.

Penyerang
Sumber Gambar: BG Pathum United

Di bahagian tengah, tiga pemain berpengalaman skuad Gajah Perang iaitu Sarach Yooyen, Thitiphan Puangjan, dan Sumaya Purisai akan mengemudi posisi tersebut.

Dalam carta Thai League 1 ketika ini, BG Pathum menduduki tangga kedua di belakang Bangkok United di mana mereka mengutip 13 mata dari lima perlawanan. Dua mata dibezakan dengan Bangkok United yang masih mengekalkan rentak kemenangan setakat ini.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United di sini:

BG Pathum United Mahu ‘Bawa Pulang’ Teerasil Dangda, Perebutan Posisi Penyerang Makin Sengit

Thitiphan Puangjan Mahu Bawa BG Pathum United Ke Saingan ACL Musim Hadapan

Media Thailand Anggap BG Pathum United Punyai Barisan Serangan Terbaik Di Thai League 1