Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengumumkan dua pemain iaitu Iqram Rifqi dan M. Anumanthan Kumar tidak akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia dan Filipina.

Menurut kenyataan rasmi, Iqram yang beraksi di posisi pertahanan telah menarik diri kerana didapati positif COVID-19 manakala Anumanthan yang juga merupakan bekas pemain import Kedah terpaksa menolak panggilan ke skuad kebangsaan kerana masalah keluarga.

Bagaimanapun, pengendali pasukan itu, Nazri Nasir tidak bercadang untuk memanggil pemain baharu bagi menggantikan tempat mereka dan beliau akan menggunakan baki 24 pemain yang sedia ada.

Dua pemain Singapura yang telah menarik diri.

Baki skuad 24 pemain menampilkan beberapa muka baru dan pemain lama. Turut tersenarai ialah pemain pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin serta dua pemain kelab Thailand, BG Pathum iaitu Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi.

Taufik Suparno dan Christopher van Huizen, yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Liga Perdana Singapura turut dipanggil. Dua pemain muda, Ryaan Sanizal dan Shah Shahiran, mendapat panggilan sulung mereka ke dalam skuad senior.

Pasukan yang berada di ranking dunia 161 itu akan berdepan Malaysia (ranking 154) Sabtu ini, sebelum bertemu Filipina (ranking 129) Selasa depan. Semua perlawanan diadakan di Stadium Nasional pada pukul 8 malam.

Barisan pemain Singapura

Penjaga gol: Hassan Sunny, Izwan Mahbud (Lion City Sailors), Syazwan Buhari (Tampines Rovers) & Zaiful Nizam (Geylang International)

Pemain pertahanan: Amirul Adli, Irfan Fandi (BG Pathum), Nazrul Nazari (Hougang United), Ryaan Sanizal (Tampines), Safuwan Baharudin (Selangor FC) & Zulqarnaen Suzliman (Young Lions)

Pemain tengah: Adam Swandi, Hami Syahin, Hariss Harun, Shahdan Sulaiman, Song Uiyoung (Sailors), Christopher van Huizen (Tampines), Shah Shahiran (Young Lions) & Zulfahmi Arifin (Hougang)

Penyerang: Amy Recha, Shawal Anuar (Hougang), Hafiz Nor (Sailors), Ikhsan Fandi (BG Pathum), Ilhan Fandi (Young Lions) & Taufik Suparno (Tampines)

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

ACL 2022: Kalahkan Port FC 3-0, Ulsan Hyundai Sertai Kumpulan I

Nguyen Quang Hai Tinggalkan Hanoi FC, Mahu Beraksi Di Luar Negara

Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi

Thailand Panggil Penyerang Chelsea Hadapi Piala Dubai B-23