Lebih ramai pemain muda Malaysia kini beraksi di Eropah apabila dua pemain, Amar Makruf dan Anas Nadawi sah menyertai salah satu akademi bola sepak yang berpangkalan di Sepanyol iaitu The Next Generation Sports.

Perkara ini diumumkan oleh akademi tersebut melalui laman media sosial rasmi Instagram mereka dimana Amar dan Anas menyertai pemain dari serata dunia yang terlebih dahulu beraksi bersama akademi yang berpangkalan di Valencia itu.

Amar Makruf merupakan pemain yang berusia 18 tahun manakala Anas Nadawi pula pemain berusia 16 tahun.

Anas sebelum ini pernah mengikuti program Asean Dream Project dimana beliau berpeluang untuk menjalani latihan bersama kelab J. League, Cerezo Osaka tahun lalu.

Dua pemain ini mengikut jejak langkah beberapa pemain muda lain yang turut beraksi di Eropah seperti Luqman Hakim (KV Kortrijk), Omar Raiyan Kama Azlan (Red Star Belgrade), Alle Putra Azril (FC Malaga City), Muhammad Diniz Irwan (Eddersheim FC), Jaami Qureshi (Brighton and Hove Albion), Nathaniel Shio Hong Wan (Wolverhampton Wanderers) dan Adam Hamid (Red Star Belgrade).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Senarai Pemain Muda Malaysia Yang Beraksi Di Eropah

Bendera JDT Diturunkan Separuh Tiang Sebagai Tanda Penghormatan Kepada Syafiq Ahmad

Eksklusif: Matthew Davies Kongsi Pengalamannya Sarung Jersi Harimau Malaya Dan Kisah Menarik Bersama JDT