Skuad Sabah nampaknya serius untuk memberi cabaran sengit dalam saingan Liga Super musim depan apabila mereka mengumumkan kemasukan dua lagi pemain baharu dari Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman selama setahun.

Dua pemain tersebut ialah bekas kapten skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Irfan Fazail dan Stuart Wilkin. Khidmat kedua-dua pemain itu diperlukan oleh pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee untuk membentuk jentera tengah yang mantap.

Seolah-olah seperti ‘reunion’ pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee sangat mengenali Irfan Fazail kerana pemain yang sama turut memenangi Pingat Emas Sukan SEA 2011 bersama pasukan kebangsaan yang ketika itu dipimpin oleh beliau.

Ketika bersama Harimau Muda, Irfan juga pernah menarik perhatian kelab berpengkalan di Slovakia iaitu FC Vion dan sempat melakukan beberapa penampilan.

Stuart Wilkin pula merupakan pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England. Sepanjang musim 2021, beliau beraksi dengan konsisten bersama pasukan JDT II di posisi sayap.

Berusia 22 tahun, beliau juga merupakan produk daripada akademi Southampton FC. Dua tahun lalu, beliau pernah menyatakan minat untuk menyarung jersi pasukan bawah 23 tahun Malaysia ketika dibawah kendalian Ong Kim Swee.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

RASMI: Kpah Sherman Penggempur Baharu Terengganu FC

TMJ Tak Jadi Berehat, JDT Bakal Berbelanja Besar Untuk Perkuatkan Pasukan Musim Depan

Khairu Azrin Akui Sukar Tolak Tawaran Kedah, Tak Lupakan Jasa Penang

Sean Selvaraj Hampir Pasti Kembali Perkuatkan Negeri Sembilan