Dua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Hansamu Yama Pranata.

Menurut laporan wartawan The Star iaitu T.Avineshwaran, dua pasukan yang dimaksudkan ialah pendatang baharu, Kuala Lumpur dan skuad bimbingan Mehmet Durakovic iaitu Perak.

Hansamu merupakan salah satu pemain pertahanan terbaik yang dimiliki oleh Indonesia ketika ini. Beraksi bersama Persebaya Surabaya, pemain berusia 25 tahun ini turut dilantik sebagai ketua pasukan skuad Garuda.

Selain itu, Hansamu Yama juga pernah meraih beberapa kejuaraan di peringkat Asia antaranya pingat gangsa Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur serta naib juara Piala AFF Suzuki edisi 2016.

Hansamu Yama
Sumber Gambar: Bolanas.com

Sebelum ini, Kuala Lumpur pernah mengambil khidmat pemain Indonesia iaitu Achmad Jufriyanto pada musim 2018 lalu. Manakala Perak pula, kuota pemain Asean mereka pada musim 2020 diisi oleh Thierry Chanta-Bin.

Skuad ibu kota layak beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan setelah muncul sebagai naib juara saingan Liga Perdana musim 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pembuat Kenderaan Elektrik Antarabangsa, SWAG Diumumkan Sebagai Penaja Baharu JDT

Kedah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Empat Pemain

Kedah Kekalkan Trio Import Bagi Hadapi Musim 2021