Dua pasukan pantai timur, Kelantan dan Kelantan United mahu mengukuhkan barisan serangan dimana kedua-dua pasukan berminat untuk menandatangani bekas pemain PDRM dan Sime Darby FC, Frederic Pooda.

Masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak menghalang mereka untuk mendapatkan khidmat pemain import bagi menghadapi saingan musim 2020.

Menurut salah satu sumber yang memberitahu Vocket FC, Pooda ketika ini berada di Kota Bharu bagi mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pasukan. Malah, Pooda terlibat dalam salah satu perlawanan persahabatan skuad The Red Warriors.

Frederic Pooda
Sumber Gambar: mStar

Pooda sendiri mempunyai pengalaman beraksi di saingan Liga Malaysia dimana beliau pernah menyarung jersi pasukan yang telah dibubarkan, Sime Darby FC pada musim 2015 serta PDRM pada musim 2016.

Selain pernah beraksi di Malaysia, pemain kelahiran Ivory Coast ini pernah beraksi di Liga Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Laos serta Myanmar serta pernah bermain dalam saingan Piala AFC.

Kelantan dan Kelantan United bakal beraksi di Liga Perdana dimana bekas juara Liga Super itu masih dibimbing oleh Yusri Che Lah manakala juara Liga M3 dibimbing oleh Zahasmi Ismail.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Nazrin Nawi Teruja Beraksi Bersama Pasukan Kelantan Musim Hadapan

Kelantan Gunakan Khidmat Penyerang Tempatan Bertaraf Bintang Musim Hadapan

Kelibat Kelantan United Tidak Risaukan KAFA