Skuad Harimau Malaya dikhabarkan bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan Mei ini sebagai persediaan terakhir sebelum beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun.

Dua perlawanan tersebut bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan ini sekaligus memberi peluang kepada peminat bola sepak tanah air untuk datang menyaksikan kedua-dua perlawanan tersebut.

Meskipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum memberikan sebarang pengesahan mengenai dua perlawanan persahabatan ini, namun terdapat khabar angin yang beredar di laman media sosial mengenai lawan yang akan menguji skuad kendalian Kim Pan-gon nanti.

Harimau Malaya
Sumber Gambar: FAM

Menurut perkongsian Harimau Malaya, Malaysia akan menghadapi Azerbaijan (26 Mei) dan Lebanon (29 Mei) pada dua aksi persahabatan tersebut.

Malaysia baru sahaja menamatkan siri perlawanan persahabatan di negara jiran dimana pasukan negara meraih dua kemenangan dan satu kekalahan sepanjang beraksi di Singapura. Pasukan kebangsaan berjaya menewaskan Filipina 2-0 pada aksi pertama menerusia dua jaringan Akhyar Rashid.

Skuad kendalian Pan-gon kemudiannya tewas kepada tuan rumah dengan keputusan 2-1 dan menutup jelajah perlawanan persahabatan di seberang tambak itu dengan menewaskan Albirex Nigata Singapore dengan keputusan 3-0.

Pan-gon mengakui beliau gembira bersama semua pemain sepanjang 10 hari dalam kem latihan pusat pertama dan menyifatkan mereka bermain di luar jangkaannya ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura.

Harimau Malaya
Sumber Gambar: FAM

“Saya gembira bersama semua pemain, tiada aduan mengenai mereka. Tetapi kami cuba untuk menyelesaikan semua program di sini, semestinya kami cuba untuk memperbaiki, lebih positif untuk pemain.

“Saya sangat menghargai dapat sesuatu, kami gunakan peluang ini untuk cuba menambah baik. Saya rasa kami sudah bertambah baik tetapi ini bukan destinasi kami, saya positif kami boleh pergi lebih jauh.

“Bagi saya, secara amnya, ia adalah permulaan yang baik, dari semasa ke semasa saya selesa di bangku simpanan. Saya sangat yakin dengan prestasi semua pemain. Mereka hebat. Malangnya, kami tidak dapat mengubah nasib walaupun banyak peluang,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Feichtenbeiner Akui Pemain Selangor Banyak Melakukan Kesilapan

Masalah Tunggakan Gaji Ganggu Fokus Melaka United Dalam Saingan Liga Super

Bola Sepak Sukan SEA 2021: Malaysia Diundi Dalam Kumpulan B