Terengganu FC hari ini mengumumkan siri jelajah pra-musim di Thailand dan mereka bakal menentang dua kelab daripada liga divisyen 1 Thailand dan satu kelab daripada Liga Super China dalam perlawanan persahabatan.

Dua kelab Thai League 1 tersebut ialah Police Tero FC dan Suphanburi FC manakala kelab dari China ialah Tianjin Teda FC. Ia adalah sebahagian daripada persiapan mereka bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

82795277_881054225658593_6804802555781054464_o
Barisan Terengganu FC ketika menentang Madura United dalam perlawanan persahabatan. FOTO: TFC

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu akan berada di Thailand selama seminggu dan akan pulang ke Malaysia pada 4 Februari 2020.

Police Tero FC merupakan naib juara Thai League 2 pada musim 2019 dan dinaikkan pangkat ke Thai League 1 pada musim 2020. Pasukan tersebut turut diwakili oleh pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dominic Tan Jun Jing.

Suphanburi FC pula menghuni kedudukan 14 daripada 16 pasukan dalam saingan Thai League 1 musim 2019 manakala Tianjin Teda FC berada dalam kelompok 10 teratas Liga Super China 2019.

Perlawanan itu juga menjadi medan Terengganu FC menguji beberapa pemain muda yang baharu diserap masuk untuk berganding dengan lima bintang importnya iaitu Dominique da Sylva (penyerang), Lee Tuck (tengah), Sanjar Shaakhmedov (tengah) Faris Ramli (sayap) dan Babacar Diallo (pertahanan).

“Kami berpuas hati dengan prestasi semua pemain setakat ini yang begitu komited dan mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan persahabatan dan juga latihan.

“Sudah ada bayangan kesebelasan utama pasukan, namun pemain berkenaan akan saya tentukan pada penghujung Februari depan iaitu selepas tiga atau empat lagi perlawanan persahabatan sebelum aksi sebenar.

“Perlawanan persahabatan itu penting sebagai platform untuk kami menilai kelemahan, keserasian dan prestasi pemain sebelum dapat tentukan barisan utama pasukan.

“Kami berkeyakinan selepas ini 11 pemain utama akan dapat dimuktamadkan kerana saingan daripada pemain untuk merebut tempat itu sengit,” ujar jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zaim kepada Arena Metro selepas aksi persahabatan bertemu Madura United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia bagi menghadapi musim 2020.

Perak Semakin Hampir Tandatangani Bekas Pemain Australia B-23 Tahun, Antony Golec

Sabah Raih Kemenangan Pertama Dalam Jelajah Pra Musim Di Filipina

Liga Malaysia 2020: Amri Yahyah Sah Sarung Jersi Sarawak United