Isu logo Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) sehingga kini masih menjadi pendebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial apabila dikatakan tidak mempunyai ‘originality’ dan hanya diambil daripada laman ‘google image’.

Selain dikatakan mirip dengan logo sebuah syarikat Bare Blends dari Australia, logo baru itu turut mempunyai 90% persamaan dengan dua logo kelab dari luar negara iaitu Banstead Rovers dan Austin FC.

Banstead Rovers merupakan kelab amatur dari liga sosial di England manakala Austin FC adalah kelab profesional dari Amerika Syarikat yang bakal beraksi dalam saingan Major League Soccer (MSL) musim depan.

1a164b8c-f00f-4d79-989a-5d36b42066d5-large16x9_71991586e8384239850b0739c04c172elarge16x9_20190821StateoftheStadiumAerialOnly
Stadium Austin FC

Jika diteliti dengan lebih dekat, rekaan pokok yang terdapat pada logo Banstead Rovers sememangnya mempunyai 100% persamaan dengan rekaan asal milik seorang graphic designer dari England.

Namun, apa yang membezakan logo Austin FC dengan Banstead Rovers ialah mereka mengekalkan konsep rekaan asal tetapi mengubah suai bentuk ranting pokok dan jalur akar serta mengekalkan bentuk daun.

Manakala rekaan pokok pada logo Melaka United FC hanya dibezakan dengan perubahan 6 keping daun kepada bentuk bulatan dan 2 keping daun lagi telah dipadamkan.

logo

Yang menjadi pertikaian dalam kalangan penyokong ialah pemilihan logo tersebut sebagai pemenang telah melanggar salah satu syarat pertandingan mencipta logo yang dtetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) sendiri.

Antara syarat pertandingan tersebut ialah setiap logo yang dihasilkan mestilah asli, tidak boleh ditiru atau mempunyai persamaan dengan mana-mana logo dari dalam dan luar negara.

syarat

Bagaimanapun, Presiden MUSA dan juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dalam satu kenyataan tetap akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo tersebut dan digunakan secara rasmi jika mendapat kelulusan.

“Pemilihan logo baharu Melaka United FC yang berdasarkan lambang pokok Melaka dibuat sebagai simbol penyatuan peminat dan penyokong setia bola sepak Melaka yang menjadi kekuatan pasukan selama ini.

“Berikutan itu, MUSA akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo baharu ini dan hanya selepas ia diluluskan, baru logo tersebut akan diguna pakai,” katanya.

Pasukan Melaka United yang ketika ini diuruskan oleh MUSA kini dalam proses pemisahan daripada persatuan dan akan menjadi sebuah kelab bolasepak berstatus swasta milik Melaka United Football Club Sdn Bhd.

Lihat artikel lain mengenai isu logo Melaka United FC yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini melalui pautan dibawah.

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?