Pasukan pembangunan Perak, Perak II menyenarai pendek dua jurulatih untuk dijadikan sebagai pengendali pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, dua jurulatih yang dimaksudkan ialah bekas pengendali skuad utama, Syamsul Saad dan juga bekas ketua jurulatih Kelantan dan Kuala Lumpur, Yusri Che Lah.

Perak II dibimbing oleh Abu Bakar Fadzim dan beraksi di saingan Liga Perdana pada musim lalu. Pasukan yang dahulunya dikenali dengan nama PKNP FC itu bagaimanapun gagal menampilkan prestasi terbaik apabila menamatkan saingan liga di kedudukan tercorot, mengutip satu mata hasil dari satu kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.

Memandangkan pasukan tidak menampilkan prestasi yang memberangsangkan, pengurusan pasukan dilaporkan memutuskan untuk mendapatkan khidmat jurulatih baharu dimana Syamsul dan Yusri menjadi pilihan utama.

Perak II
Sumber Gambar: TRW Kelantan FC

Syamsul pernah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pasukan utama pada musim 2015 dan juga 2016. Selain itu, abang kepada Shahrul Saad itu juga pernah mengendalikan pasukan Perlis.

Yusri pula baru sahaja berpisah dengan Kelantan dimana beliau dikhabarkan memutuskan untuk meninggalkan pasukan setelah tidak bersetuju dengan beberapa syarat.

Kedua-dua jurulatih ini mempunyai pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia dan Perak dilihat mampu untuk meningkatkan kualitu pasukan pada musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Jurulatih Bali United Tak Tahu Pemainnya Diburu Oleh Kelab Liga Malaysia

P.Maniam Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Petaling Jaya City FC

Shakir Hamzah Semakin Hampir Sertai Pasukan Perak