Malam yang cukup gila !!

Skuad Harimau Malaya berjaya mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan kelima kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas mereka menewaskan Indonesia dengan jaringan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia adalah perlawanan yang penuh kontroversi berikutan berlakunya insiden kekecohan dan provokasi diantara penyokong.

Dalam perlawanan ini, Tan Cheng Hoe menurunkan Akhyar Rashid di posisi sayap kiri berganding dengan Mohamadou Sumareh dan Safawi rasid bagi menggantikan tempat Syafiq Ahman yang digantung perlawanan kerana mengutip 2 kad kuning.

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula, Indonesia terlebih dahulu menguji benteng pertahanan negara dengan menggunakan kelincahan Septian David Maulana dari sebelah kiri dan penyerang naturalisasi berbadan sasa, Greg Nwokolo.

74918023_2512118918884857_421133775439659008_o

Kedua-dua pasukan juga bermain berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan mudah dan masih mencari rentak. Malaysia yang mempertaruhkan Mohamdou Sumareh bagi menggantikan tempat Syafiq Ahmad di posisi serangan dikawal ketat oleh Yanto Basna.

Peluang terbaik Indonesia hadir pada minit ke 19 melalui serangan balas selepas hantaran Azam Azih berjaya dirampas oleh Greg Nwolo namun benteng pertahanan yang diketuai oleh Aidil Zafuan bertindak cemerlang menepis percubaan Febri Haryadi.

Dua minit kemudian, Tan Cheng Hoe terpaksa melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Farizal Marlias bagi menggantikan tempat Khairul Azhan selepas penjaga gol Selangor itu mengalami kecederaan buku lali akibar berlanggar dengan penyerang lawan.

Pada minit ke 29, Malaysia memperolehi peluang terbaik untuk membuka akaun jaringan melalui sepakan percuma. Safawi Rasid ternyata tidak mensia-siakan peluang itu dengan gol pembukaan lalu mengegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sorakan 80,000 penyokong apabila sepakannya berjaya menewaskan penjaga gol Indonesia, Muhammad Ridho.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Indonesia cuba bangkit mengaturkan gerakan dan mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke 36 melalui situasi kelam kabut tetapi mujur rembatan percubaan Greg Nwokolo tersasar. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Cheng Hoe melakukan perubahan di bahagian serangan dengan memasukkan Norshahrul Idlan Talaha bagi menggantikan tempat Akhyar Rasid yang dilihat gagal memberi impak.

75328697_2512117475551668_2732723098708082688_o
FOTO: FAM

Pada minit ke 52, Malaysia hampir menjaringkan gol kedua melalui percubaan Syahmi Safari namun rembatannya tersasar. Malah, gerakan cantik yang dilakukan oleh gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh gagal disudahkan oleh Syamer Kutty pada minit ke 63.

20 minit kemudian, Safawi sekali lagi muncul sebagai wira selepas melepasi kawalan yanto basna lalu melepaskan rembatan kencang dari sudut sebelah kanan. Jaringan tersebut telah mebangkitkan semangat penyokong untuk terus memberikan sorakan padu.

Indonesia berpeluang menjaringkan gol pertama mereka selepas diberikan sepakan penalti pada minit ke 81 namun sepakan osas saha berjaya diselamatkan oleh Farizal dengan tenang. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan Indonesia masih gagal mengutip sebarang mata selepas 5 perlawanan.