Johor Darul Ta’zim meneruskan rentak kemenangan dalam jelajah pra musim mereka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila menewaskan pasukan kebangsaan Turkmenistan dengan keputusan 2-1.

Dua jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid dan penyerang import, Diogo Luis Santo sudah cukup untuk memberikan kemenangan kedua bagi skuad kendalian Benjamin Mora itu.

Safawi Rasid terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-39 apabila beliau menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memberikan kelebihan awal untuk JDT pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Turkmenistan berjaya menyamakan kedudukan apabila Metdayev Akmammet menjaringkan gol pada minit ke-53.

Akan tetapi, Diogo memastikan kemenangan berpihak kepada juara Liga Super musim 2019 itu apabila beliau turut menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 sekaligus memberi kemenangan kedua JDT dalam siri jelajah pra musim mereka di UAE.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Pra Musim: JDT Raih Kemenangan Pertama, Tewaskan Dibba Al-Fujairah

Perlawanan Pra Musim: Johor Darul Ta’zim II Tunduk Kepada Madura United

Perlawanan Pra Musim: JDT Tunduk Kepada Juara Liga Latvia, FC Riga