Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terkenal dengan pengambilan penyerang import berprofil tinggi yang pernah menghiasi saingan liga bola sepak di Eropah dan juga Argentina.

Antara pemain yang pernah menyarung jersi skuad Harimau Selatan itu ialah Juan Martin Lucero dan Fernando Rodriguez. Baru-baru ini, kedua-dua pemain dikesan beraksi dalam satu pasukan iaitu Defensa y Justicia yang dibimbing oleh lagenda skuad kebangsaan Argentina, Hernan Crespo dalam saingan Superliga Argentina.

Dua

Sumber Gambar: Defensa y Justicia

Lucero terlebih dahulu beraksi bersama JDT, lebih tepatnya pada musim 2016 lalu dimana beliau mencipta gandingan mantap dengan seorang lagi pemain dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz.

Lucero dan Diaz menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super dimana kedua-dua pemain menghasilkan 32 gol sekaligus membantu JDT memenangi kejuaraan ketiga.

Dua

Sumber Gambar: JST

Fernando Marquez pula hadir pada pertengahan musim 2018 bersama Fernando Elizari bagi menggantikan Harry Novillo dan Jorge Santos Silva.

Meskipun hadir pada pertengahan musim, Marquez berjaya menjaringkan 7 gol dalam saingan liga sekaligus membantu JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Marquez mula beraksi bersama Defensa sejak musim lalu manakala Lucero pula menyertai pasukan tersebut secara pinjaman daripada kelab Mexico, Tijuana.

Setakat ini, antara dua pemain, Lucero lebih banyak beraksi dalam kesebelasan utama Defensa berbanding Marquez. Defensa ketika ini menghuni tangga keenam dalam carta Superliga yang saingannya dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

JDT Terkilan Keputusan Seri Menentang Felda United Disensasikan

JDT Kekal Sebagai Pendahulu Liga Super 2020 Sehingga Tamat Tempoh Penangguhan

AFC Club Rankings: JDT Melonjak 16 Tangga, Pintas Muangthong United Untuk Muncul Top 3 ASEAN

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group