Bekas pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) membuktikan aktif bermain bola sepak bukanlah penghalang untuk berjaya dalam bidang akademik apabila mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2019) yang diumumkan hari ini.

Pemain pertahanan, Muhammad Danish Ishak muncul sebagai pelajar terbaik Sekolah Sukan Malaysia Pahang apabila mendapat keputusan 6A, 1B dan 1C. Danish juga merupakan bekas pemain skuad Malaysia B-16 yang beraksi dalam saingan AFC B-16 pada tahun 2018.

ESUeE-OU0AEqF3T
FOTO: NFDP

Selain Danish, seorang lagi bekas pemain tengah skuad Malaysia B-16 iaitu Alias Alan turut memperoleh keputusan terbaik iaitu 3A 5B.

Berdua merupakan tonggak utama yang membantu Malaysia menjuarai Piala Uber di Sepanyol pada tahun 2015 ketika berada di bawah kendalian Lim Teong Kim dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

ESUq5K6U8AAw-oA
FOTO: NFDP

Pada musim ini, mereka bermain bersama skuad Selangor II dalam saingan Liga Premier dan difahamkan mungkin akan menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam bidang sains sukan.

Malah, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam turut mengumumkan UiTM Shah Alam sebagai rakan sains sukan rasmi bagi skuad Red Giants untuk musim ini.

Kerjasama ini melibatkan beberapa perkara dalam bidang pengajian sains sukan, pemakanan dan nutrisi, analisis prestasi dan sokongan akademik untuk pegawai dan pemain utama Selangor, skuad Selangor 2 serta skuad Piala Presiden dan Piala Belia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Selangor II melalui pautan dibawah.

Bajram Nebihi Perkuatkan Selangor II, Bakal Jadi Pengganti Sementara Kepada Rufino Segovia

Pemain Kacukan, Armin Maier Jalani Ujian Bersama Selangor II

Stadium Selayang Jadi Pilihan Selangor II Musim Hadapan