Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Legenda Ivory Coast dan Chelsea, Didier Drogba, telah bercakap tentang pengalamannya bermain dengan Salah di Chelsea.

Salah kini mempunyai 16 gol dalam semua pertandingan bersama Liverpool musim ini, dengan 11 daripadanya adalah hadir daripada Liga Perdana Inggeris.

Pemain Mesir itu baru-baru ini memecahkan rekod bertahan lama Didier Drogba sebagai penjaring terbanyak Afrika dalam Liga Perdana Inggeris, apabila dia menjaringkan hatrik ketika menentang Manchester United pada Oktober.

Bercakap kepada bekas rakan sepasukan, Ahmed Hossam ‘Mido’ dalam rancangan TV baharunya yang kini disiarkan di Mehwar TV, Drogba mendedahkan sama ada dia pernah terfikir Salah akan mencapai tahap yang dia ada sekarang apabila dia bermain bersamanya di Chelsea atau tidak?

Drogba berkata: “Jika dia teruskan prestasinya, dia akan memusnahkan semua rekod saya! Saya mahu menangis,” tegas Drogba dalam nada berseloroh.

“Apa yang saya lihat semasa dia di padang latihan, dan semua rakan sepasukannya akan memberitahu anda, kualitinya memang sudah ada. Dia hanya memerlukan masa di atas padang untuk menunjukkan bakat dan kualitinya.”

Seterusnya, Drogba menyatakan bahawa Mohamed Salah seorang yang sangat profesional walaupun tidak kerap diturunkan ketika beraksi untuk Chelsea.

“Apabila anda melihat skuad yang kami ada ketika itu, ia bukan mudah untuk dia menembusinya, tetapi apa yang membuatkan saya tertarik dengan Mo adalah, dia sangat bagus, dia sangat sopan, walaupun dia tidak bermain.”

“Dia berasa sedih tidak dapat menyumbang kepada pasuka, tetapi dia sentiasa bersikap profesional. Apabila anda mempunyai pemikiran seperti ini, makan anda hanya menunggu masa sebelum anda meledak.”

“Saya masih ingat kami bercakap beberapa kali ketika dia berada di Roma. Di mana dia menjaringkan gol dan kemudian dia mulai gagal menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan. Dan dia bertanya kepada saya bagaimana untuk menangani situasi seperti ini.”

“Saya berkongsi dengannya banyak contoh dan pengalaman dan sebenarnya perkara seperti itu berlaku kepada saya dan semua penyerang,” tegas Drogba lagi.

Salah sudah menjaringkan gol pertamanya menentang Arsenal selepas kemarau gol dalam tiga perlawanan, menandakan gol kelapannya dalam 10 pertemuan liga menentang Gunners.

Baca juga artikel

Ten Hag Tak Minat Bercakap Soal Manchester United

Dikaitkan Dengan Manchester United, Luis Enrique Tanya: “Hari Ini April Fool Ke?”

Sergio Aguero Bakal Umum Persaraan Kerana Masalah Jantung

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group