Didier Drogba yang legenda Chelsea telah mencabar jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF).

Ribuan orang menyokongnya dengan turun ke jalan raya menyambut beliau di kota Abidjan.

Mereka melaungkan ‘Kami Mahu Drogba’ ketika mengiringi calon pilihan mereka itu.

Bekas penggempur berbisa The Blues yang berusia 42 tahun akan bersaing dengan empat calon lain dalam pemilihan yang akan berlangsung 5 September 2020.

Walaupun dianggap sebagai calon Presiden FIF yang mendapat sokongan daripada masyarakat, Drogba masih bukan calon yang boleh menang mudah.

Menurut Reuters, Drogba perlu mendapat undi dari tiga pasukan Ligue 1 dan dua kelab di bahagian bawah untuk bertanding.

“Pemain yang berjaya merangkul gelaran ‘Pemain Terbaik Afrika’ juga perlu disokong oleh lima elemen, iaitu; jurulatih, doktor, pemain, bekas pemain dan pengadil, lapor Reuters.

Dalam ucapannya, Drogba menilai bahawa keadaan bola sepak Ivory Coast dilihat tidak lancar dan kian merosot.

Drogba berikrar bahawa beliau mahu memperbaiki keadaan buruk sekiranya dipilih sebagai Presiden FIF.

“Bukan rahsia lagi bahawa bola sepak kita menjadi semakin  buruk. Itulah sebabnya saya dan pasukan saya di sini, menyatakan komitmen untuk kelahiran semula bola sepak Ivory Coast, “kata Drogba.

EegAy9DUcAEY2RC

Drogba jelas sekali tidak mahu hanya duduk diam dengan keadaan bola sepak di negaranya.

Baca juga perkembangan lain

Bartomeu Beritahu Penyokong Barca Bahawa Lautaro Dan Neymar Tak Akan Datang

Antonio Conte Bakal Tinggalkan Inter Milan

Arsenal Julang Piala FA Selepas Kebangkitan Ke Atas Chelsea