Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yakin penyerang import pasukan, Rufino Segovia tidak perlu diganti dengan pemain lain menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020.

Rufino masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang dialami tahun lalu. Meskipun dikhabarkan sempat pulih, namun pemain dari Sepanyol itu kembali dihantui kecederaan tersebut sekaligus membangkitkan persoalam sama ada beliau patut diganti dengan pemain import lain.

Menurut laporan Goal.com, Dr Johan menegaskan Rufino tidak mengalami kecederaan ketika perlawanan pra musim sebaliknya pemain itu kembali dilanda kecederaan lama yang mana berpotensi untuk menjadi lebih parah.

“Situasi Rufino masih belum jelas kerana kecederaan yang dialami beliau sedikit complex. Walaupun beliau kembali pulih, namun beliau hanya berada pada paras 80 sehingga 90 peratus berbanding dengan keadaan sebelum ini.

“Ahli fisioterapi kami, Helber Richard sedang bekerja keras bagi memastikan Rufino pulih dan beliau mahu memastikan pemain itu bersedia sepenuhnya. Helber memberitahu saya ada kemajuan namun beliau mengesahkan otot betis Rufino tidak akan seperti sebelumnya kerana beliau mengalami masalah di left Achilles tendon,” kata Dr Johan Kamal.

Dr Johan Kamal
Sumber Gambar: Goal.com

Meskipun tidak akan cergas seperti musim sebelumnya, Dr Johan percaya Rufino masih lagi efektif di depan pintu gol apabila beliau pulih sepertimana yang dilakukan oleh lagenda AS Roma, Francesco Totti.

Selangor ketika ini mempunyai tiga pemain import di bahagian serangan iaitu Rufino, Ifedayo Olesegun dan Sandro Da Silva.

Baca artikel lain mengenai Rufino Segovia yang telah kami sediakan di sini:

Liga Malaysia 2020: Satiananthan Akui Rufino Segovia Belum Pulih Sepenuhnya

Selangor Gugurkan Rufino Segovia Bagi Saingan Musim 2019