Laporan di Sepanyol oleh AS menyatakan bahawa Borussia Dortmund sangat risau dengan kedudukan Erling Haaland yang dikatakan sedang diburu oleh Real Madrid.

Lalu Dortmund telah membuat satu perjanjian secara verbal yang dipersetujui oleh Erling Braut Haaland.

Dalam perjanjian itu, Haaland dikatakan setuju untuk terus kekal sekurang kurangnya sehingga tamat musim 2021/22. Ini bermakna Haaland akan kekal dalam dua musim lagi.

Pemain muda Norway itu menyertai Borussi Dortmund pada pertengahan musim ini dari Red Bull Salzburg. Ini selepas eliau memiliki reputasi luar biasa dengan menjaringkan 28 gol daripada 22 penampilan pada setengah musim bersama Salzburg.

Sejak tiba di Dortmund Haaland telah mengekalkan prestasi cemerlangnya. Menjaringtkan 13 gol daripada hanya 12 penampilan setakat ini. Beliau terus menjadi pemain kesebelasan utama Dortmund.

Borussia Dortmund berharap Haaland akan kekal lebih lama dan menjadi pemain yang akan memacu projek jangka panjang Dortmund.

Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini nama Haaland mulai dikaitkan dengan Real Madrid. Pasukan bimbingan Zinedine Zidane itu masih mencari penggempur 20-30 gol semusim.

Luka Jovic kini dilihat masih bergelut dengan prestasinya. Real Madrid malah masih bergantung kepada penyerang veteran, Karim Benzema.

Kesepakatan secara verbal di antara Haaland dan Dortmund dicapai menerusi ejennya Mino Raiola.

Namun kesepakatan verbal ini tidak membawa makna yang besar sangat. Terutama sekali dengan orang bernama Mino Raiola.

Real Madrid kini serius mempertimbangkan Haaland dan juga Kylian Mbappe untuk dibawa masuk ke Santiago Bernabeu.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Ini Sebab Nani Tolak Arsenal, Chelsea Dan Pilih United

Xavi Suruh Barca Jauhi Mane & Aubameyang Yang Tak Sesuai Dengan Mereka

Pemain Hertha Berlin Menjadi Yang Pertama Melanggar Peraturan Penjarakan Sosial Di Atas Padang Bola