Ini adalah kali pertama Jadon Sancho kembali ke dalam kesebelasan utama pasukan.

Dan beliau memberikan impak yang sangat besar dalam perlawanan menentang Paderborn.

Sancho menjaringkan hatrik, mencipta assist dan juga terlibat dalam banyak gerakan bahaya. Sekaligus menunjukkan kenapa beliau menjadi pemain idaman pasukan seperti Man United.

Dortmund sudah di hadapan menerusi Thorgan Hazard pada minit ke-54.

3 minit berselang Sancho telah menambah satu lagi gol untuk Borussia Dortmund.

Sancho memberikan penghormatan dan solidariti untuk George Floyd, warga Amerika yang berkulit hitam, terbunuh kerana kekerasan polis.

29045518-0-image-a-1_1590945954421

Beliau dilayangkan kad kuning kerana keraian membuka baju. Namun beliau sudah tahu akan perkara itu dan pasti tidak kisah dengan salah satu kad kuning yang membawa makna kepadanya.

Sancho menambah dua lagi gol untuk melengkapkan hatrik beliau dalam perlawanan ini.

Prestasi hebat Sancho menjadi bualan, di mana musim ini beliau sudah terlibat secara langsung dalam 33 gol Dortmund sama ada menjaringkan gol ataupun mencipta assist.

Beliau sudah menjaringkan 17 gol liga setakat ini. Hanya 3 gol dipisahkan dari angka 20 gol.

Dua lagi gol Dortmund adalah menerusi Achraf Hakimi dan Marcel Scmelzer.

Hakimi turut menunjukkan solidariti beliau untuk George Floyd.

Gol saguhati Pardeborn adalah menerusi penalti oleh Uwe Henemeier.

Kemenangan ini meletakkan Dortmund kembali 7 mata di belakang Bayern Munich selepas anak buah Hansi Flick menang dalam aksi lebih awal hujung minggu.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Juventus Mahu Pastikan Sarri Dan Jorginho Bersatu Kembali

La Liga Bersambung 11 Jun, Peminat Boleh Pilih Opsyen Hidup Atau Matikan Sorakan Virtual

Shanghai Shenhua Panggil Ighalo Balik China Hujung Minggu Ini, Tawarkan Kontrak Luar Biasa