Bekas penyerang import pasukan Terengganu FC, Dominique Da Sylva dikhabarkan sedang berada dalam fasa rundingan bersama salah satu pasukan yang bersaing di Liga Super bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam dimana pasukan yang dimaksudkan ialah pendatang baharu Liga Super iaitu Kuala Lumpur.

Meskipun menampilkan prestasi cemerlang bersama Terengganu dalam saingan liga dimana beliau menjaringkan 9 gol dan membantu pasukan tersebut mara ke saingan Piala AFC musim hadapan, namun pengurusan pasukan memutuskan untuk tidak memberi kontrak lanjutan kepada pemain dari Mauritania itu.

Setelah dilepaskan oleh Terengganu, Dominique Da Sylva dikaitkan dengan beberapa pasukan Liga Super lain seperti Perak namun tiada perjanjian yang dapat dimuktamadkan.

Skuad kendalian Nafuzi Zain menggantikan Da Sylva dengan bekas pemain Persebaya, David Da Silva selain menandatangani beberapa pemain import baharu seperti Christopher Herd dan Petrus Shitembi.

Dominique Da Sylva
Christopher Herd

Bagi Kuala Lumpur pula mereka bakal dibimbing oleh ketua jurulatih baharu iaitu Simón Elissetche yang berasal dari Chile dan berusia 43 tahun dimana beliau turut mempunyai pengalaman luas di Liga Indonesia dan Timor Leste.

Setakat ini, skuad The City Boys telah berjaya mendapatkan khidmat dua pemain berpengalaman iaitu Hadin Azman dan Safee Sali.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

UiTM FC Sambar Khidmat Bekas Pemain Import Pahang

TMJ: Proses Naik Taraf Padang Stadium Sultan Ibrahim Berjalan Lancar Dan Kualiti Juga Amat Baik

Kurniawan Dwi Yulianto Kembali Dilantik Sebagai Pengendali Sabah FC