Pemain Malaysia yang berkelana dalam saingan Thai League 1, Dominic Tan nampaknya akan meninggalkan kelab Police Tero FC berdasarkan kemaskini laman sosial Instagram beliau hari ini.

Dominic Tan yang mula beraksi dengan Police Tero mulai musim 2019 secara pinjaman dari pasukan JDT sebelum ditawarkan kontrak penuh sebagai pemain kelab itu pada musim 2020.

From strangers to family. Thank you @policetero_fc for all the wonderful memories, i will cherish it forever. This is not the end, i will be back 🤞 khob khun krub ❤️”

Tidak dapat dipastikan kemanakah arah tuju Dominic Tan selepas ini untuk musim 2022, tetapi ada khabar angin yang menyatakan bahawa beliau akan menyertai pasukan Sabah yang dilihat akan mengumpulkan pemain-pemain yang berjaya menjadi tonggak skuad Ong Kim Swee sekitar 2017 dan 2018.

Pastinya perpindahan masuk Dominic Tan ke Sabah amat dinantikan oleh penyokong negeri itu jika menjadi kenyataan.

Dengan ketiadaan Dominic Tan dalam aksi Thai League 2022 nanti, setakat ini hanya Junior Eldstal sahaja akan terus beraksi di Thailand, sekiranya tiada pertambahan pemain lain dalam masa terdekat.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Video Kad Merah Safiq Rahim “Headbutt” Faisal Halim Persis Insiden Zidane Dengan Materazzi

Laungan “Ref Bodo!, Ref Bodo! Ref Bodo!” Dan Balingan Botol ‘Mengiringi’ Pengadil Masuk Ke Bilik Persalinan

Video ‘Pitch Invasion’ Penyokong Kuala Lumpur City Selepas Kalahkan Selangor Bakal Mengundang Padah