Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Dominic Tan bakal menyarung jersi bernombor 30 bersama kelabnya, Police Tero FC dalam saingan Thai League 1 musim ini.

Perkara ini disahkan oleh Police Tero menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelab Khamis lalu. Seorang lagi pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Matteus Alves pula akan memakai jersi bernombor 90.

Setelah beraksi secara pinjaman pada saingan Thai League 2 musim lalu, Police memutuskan untuk menandatangani Dominic Tan secara tetap bagi menghadapi saingan musim 2020.

Musim lalu, Dominic hanya membuat satu penampilan dan beliau turut tersenarai sebagai pemain simpanan dalam perlawanan terakhir liga.

Dominic Tan
Sumber Gambar: BG Pathum United

Selain Dominic, dua lagi pemain iaitu Norshahrul Idlan Talaha serta Zafuan Azeman menjadi pemain Malaysia yang beraksi di liga negara jiran itu.

Norshahrul beraksi bersama BG Pathum United manakala Zafuan Azeman bersama Angthong FC dalam saingan Thai League 3.

Baca artikel lain mengenai Dominic Tan di sini:

SCG Muangthong United Ujian Pertama Buat Norshahrul Idlan Talaha, Dominic Tan Bakal Berentap Dengan Buriram United

Dominic Tan Sah Bakal Beraksi Dalam Saingan Thai League 1, Ikat Kontrak 2 Tahun Bersama Police Tero FC

Police Tero Berazam Kekal Dalam Saingan Thai League 1