Pemain pertahanan Malaysia yang berpotensi tinggi, Dominic Tan sah akan menyertai pasukan Police Tero FC musim depan.

Beberapa hari lalu, Dominic Tan mendedahkan melalui laman sosial Instagram bahawa beliau akan meninggalkan pasukan Johor Darul Ta’zim tetapi masih samar mengenai pasukan barunya.

Sebentar tadi, pihak Police Tero FC melalui laman sosial Facebook rasmi mereka mengesahkan bahawa Dominic Tan akan menyertai pasukan itu dalam saingan Thai League 1 dengan kontrak 2 tahun.

Dominic sebelum ini menyertai Police Tero FC secara pinjaman daripada JDT sehingga saingan Thai League 2 musim 2019 menutup tirai. Police berjaya muncul sebagai naib juara dibelakang BG Pathum United yang muncul sebagai juara sekaligus layak beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan.

Sepanjang menyarung jersi Police Tero, Dominic hanya membuat satu penampilan dan beliau turut tersenarai sebagai pemain simpanan dalam perlawanan terakhir liga.

Sehingga kini, Dominic Tan adalah satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League 1, manakala Zafuan Azeman pula beraksi untuk pasukan Angthong United dalam saingan Thai League 3.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal

Kelab Liga Thailand Berminat Dapatkan Khidmat Dominic Tan

Dominic Tan Jun Jin Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT