Pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil seramai 26 pemain bagi menyertai kem latihan pusat untuk persiapan menghadapi perlawanan persahabatan bertemu Nepal dan perlawanan Pusingan 1 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun 2019. Bekas ketua pasukan skuad bawah 23 tahun negara, Dominic Tan dan Rodney Celvin Akwensivie turut dipanggil.

Setelah menampilkan prestasi cemerlang ketika kempen kelayakan AFC Bawah 23 Tahun pada Mac lalu, Cheng Hoe nyata terpikat lalu memanggil Dominic untuk menyertai skuad senior. Di posisi penjaga gol, Cheng Hoe memanggil 3 pemain iaitu Farizal Marlias (JDT), Hafizul Hakim (Perak) dan Ifwat Akmal (Kedah).

Farizal Marlias
Sumber Gambar: Fox Sport Asia

Posisi pertahanan pula diisi oleh Adam Nor Azlin (JDT), Dominic Tan (JDT), Syazwan Andik (JDT), La’Vere Corbin-Ong (JDT), Matthew Davies (Pahang), Syahmi Safari (Selangor), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) dan Shahrul Saad (Perak).

Untuk bahagian tengah pasukan negara, Cheng Hoe memanggil Syamer Kutty Abba (JDT), Nor Azam Azih (Pahang), Faiz Nasir (Selangor), Halim Saari (Selangor), Kenny Pallraj (Perak), Akram Mahinan (PKNS FC) dan Syazwan Zainon (Selangor).

Faisal Halim
Sumber Gambar: Goal.com

Bagi mengisi bahagian serangan pasukan, Cheng Hoe mengadunkan pemain senior dan juga pemain muda dimana beliau memanggil Safawi Rasid (JDT), Akhyar Rashid (JDT), Syafiq Ahmad (JDT), Mohamadou Sumareh (Pahang), Shahrel Fikri Fauzi (Perak), Norshahrul Idlan Talaha (Pahang) dan Faisal Halim (Pahang).

Pasukan kebangsaan akan menentang Timor-Leste bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan yang pertama di Stadium Shah Alam sama pada 7 dan 11 Jun 2019.