Dua pemain Malaysia yang beraksi di saingan Thai League 1, Dominic Tan dan Norshahrul Idlan Talaha bersetuju gaji mereka dipotong oleh kelab masing-masing.

Menurut Dominic, beliau setuju dengan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus dan memahami mengapa langkah tersebut diambil oleh pihak kelab.

Dominic

Sumber Gambar: Police Tero

“Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) ada keluarkan kenyataan, di mana semua kelab perlu melakukan pemotongan gaji pemain sehingga 50 peratus.

“Saya faham situasi ini kerana ia dihadapi di seluruh dunia, jadi terima sahaja apa yang sudah dibincangkan oleh FAT dan FIFA,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Seorang lagi pemain, Norshahrul pula menegaskan gaji beliau dipotong sebanyak 30 peratus oleh BG Pathum United dan pemotongan telah dilakukan sejak bulan lalu.

Dominic

Sumber Gambar: BG Pathum United

“Pemotongan gaji telah dibuat sejak bulan lalu. Saya dan kelab ada berbincang mengenai pemotongan gaji sebanyak 30 peratus selama tiga bulan.

“Kami juga ada berbincang tentang insentif jika pasukan dapat menduduki kelompok tiga terbaik dalam liga, pemotongan sebelum ini akan diberikan semula,” kata Matyo.

Difahamkan, kedua-dua pemain akan menerima gaji penuh sekiranya saingan Thai League 1 kembali disambung pada September ini.

Semua saingan liga domestik Thailand dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia di Thailand di sini:

Kelab Thai League 3 Sah Tamatkan Kontrak Zafuan Azeman, Angthong FC ‘Lumpuh’ Akibat COVID-19

Matyo Dan Dominic Tan Mungkin Terlepas Saingan Piala AFF Suzuki 2020

BG Pathum Tewaskan Police Tero, Matyo Dan Dominic Hanya Panaskan Bangku Simpanan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group