Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan negara, Dominic Tan menegaskan beliau mahu memberikan sepenuh fokus bersama Police Tero dalam saingan Thai League 1 musim ini namun tidak menutup sebarang ruang untuk kembali ke saingan Liga Malaysia pada masa akan datang.

Dominic berkata demikian baru-baru ini ketika ditanya di laman Instagram Story miliknya sama ada beliau akan kembali beraksi di Liga Malaysia dalam masa terdekat setelah menghabiskan saingan musim 2019 dan 2021 di Thailand bersama Police Tero.

“Untuk masa sekarang, saya mahu fokus untuk saingan musim ini di Thailand. Tetapi pilihan (kembali ke Malaysia) saya sentiasa terbuka,” katanya.

Bekas ketua pasukan skuad B-23 tahun negara ini menyertai Police Tero pada 2019 secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selama satu musim. Pada musim berikutnya, Dominic Tan menyertai Police secara tetap dan beliau kemudiannya beraksi bersama seorang lagi pemain negara, Mohamadou Sumareh.

Musim 2021 menjadi musim ketiga pemain berusia 24 tahun itu beraksi di Thailand dan beliau masih diberi kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada skuad Police Tero bagi menghadapi saingan Thai League 1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Liga Super: Ifedayo Olesegun Pecahkan Rekod Mohamad Ghaddar

Nafuzi Zain: Surat Tunjuk Sebab Lumrah Dalam Bola Sepak

Bekas Pemain Sedih Perak Tersingkir Ke Liga Premier

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group