Seri berdepan dengan pasukan Terengganu di Kuantan semalam serta keputusan-keputusan di venue lain telah ‘menolak’ kedudukan Sri Pahang keluar dari zon penyingkiran.

Dollah Salleh selaku pengendali Sri Pahang ketika ini memberikan beberapa komen serta gambaran mengenai pasukan itu dalam sesi sidang media sejurus selepas perlawanan tamat.

“Saya kira kena bersyukur juga 1 mata. Tapi, hari kita serba tak menjadilah. Cuma kita berdisiplin dalam bertahan.”

“Dan selepas kita dapat 1 gol, pemain-pemain ni nampak macam takut untuk terima kekalahan. Jadi dengan 1 gol tu mereka fikir macam dah cukup untuk mereka bertahan. Itulah sebenarnya yang berlaku hari ini.”

“Mungkin nak sangat dengan kemenangan, jadi kita lupa yang kita asyik bertahan sahaja dalam separuh masa kedua khasnya.”

Saksikan gol padu dari Nor Azam Azih yang meraih pujian dari peminat bola sepak tempatan semalam. Padu amat!

Gol penalti itu saya rasa betul-betul hampa.

“Penalti yang pertama itu tidak sepatutnya (diberikan) bagi saya kita kat luar semua. Kita bernasib baik Terengganu tidak menjaringkan gol.”

“Dan penalti kedua pula, apabila penjaga gol sudah menyelamatkan (sepakan), saya rasa macam satu tekanan untuk kita apabila pengadil membuat keputusan sepakan penalti perlu diambil semula.”

“Seolah-olah kemenangan kita hari ini disia-siakan oleh pengadil.”

“Bagi saya, aduan tetap kita akan buat tetapi keputusan muktamad kita kena terimalah.”

Menjelaskan perancangan beliau sebelum ini untuk menurunkan skuad yang dianggotai oleh pemain-pemain tempatan, Dollah Salleh menyatakan bahawa beliau sudah tiada pilihan sebenarnya.

“Saya sudah tak ada choice lagi sebenarnya. Saya dah tak ada pilihan lagi dan saya sebenarnya 2 hari tu kita buat latihan tetapi saya masih lagi tak puas hati juga dengan pemain tempatan yang kita serap.”

“Jadi keputusan kita terpaksa juga. Pagi tadi saya buat meeting dengan semua jurulatih, kita decide sama-sama, kita terpaksa letak juga Yevhen dengan Pedro dalam separuh masa kedua.”

“Untuk diri saya sendiri sudah pastilah saya hendak pemain import yang boleh membantu pasukan. Tapi apa sekalipun, pihak pengurusanlah yang boleh memberikan kita lampu hijau.”

Tanpa berselindung, Dollah Salleh menyatakan dengan jelas bahawa beliau mahu menukar pemain dibahagian serangan sekiranya dipersetujui oleh pihak pengurusan pasukan Sri Pahang apabila jendela perpindahan dibuka tidak lama lagi.

“Striker lah. Memang tak boleh nak tolak lagi dah, itulah dia. Awak semua nampakkan? Bukan 1 game, 6 game pun macam gitu.”

Teruskan membaca 3 artikel berkaitan bola sepak tempatan yang telah disediakan seperti dibawah.

Sabah FC Buat Pelaburan Jangka Panjang, Pasang Papan Iklan LED Dan ‘Bucket Seat’ Di Stadium Likas

Luqman Hakim: “Saya Minat Merantau, Suka Pergi Tempat Orang. Ambil Masa 5 Bulan Untuk Menyesuaikan Diri.”

MFL Umum Pindaan Jadual Liga Malaysia, 5 Perlawanan Bagi Setiap Pasukan MSL Dalam Bulan Ramadan 2021