Kunjungan pasukan Sri Pahang ke Stadium Hang Jebat bertemu pasukan Melaka United semalam, nampaknya berjaya membawa pulang 1 mata berharga untuk skuad yang kini dibawah kendalian Dollah Salleh, selepas Thomas Dooley ‘direhatkan’.

Keputusan seri itu sebenarnya mata pertama skuad Sri Pahang dalam Liga Super Malaysia 2021, sejak saingan liga dimulakan pada 5 Mac lalu.

Pengendali berpengalaman, Dollah Salleh dalam sidang media sejurus tamat perlawanan menjelaskan bahawa beliau bersyukur dengan keputusan seri tetapi tidak berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan.

“Syukur alhamdulillah dapat seri. Tapi corak permainan masih lagi ‘below par’.”

“Cuma bila 10 minit terakhir itu, nampak ada perubahan dan banyak peningkatan dengan kemasukan 3 pemain.”

“Jadi, pada keseluruhannya (saya) masih tidak berpuas hati, tapi saya sendiri pun belum melatih pasukan lagi. Saya cuma ambil alih untuk perlawanan ini sahaja.”

“Mungkin perlawanan akan datang saya akan buat yang terbaik dalam sesi latihan. Dan itu pun cuma ada satu hari sahaja.”

Rombakan Pemain Dalam Pasukan?

Ketika ditanya mengenai kebarangkalian untuk merombak pemain, Dollah Salleh menjelaskan bahawa tidak akan ada sebarang rombakan setakat ini.

“Mana ada rombakan, nak rombak apa lagi.”

“Tapi, ada kemungkinan juga bahagian serangan khasnya, saya akan beri peluang lagi terutamanya kepada pemain import kerana dibahagian serangan ini tidak menyerlah dan tidak membantu.

“Jadi, dalam sehari dua ini saya akan tengok macam mana keadaan dalam sesi latihan dan kalau patut ditukar, saya akan tukar.”

EwXobN0UUAIUzN4

Selepas 3 perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2021, pasukan Sri Pahang ketika ini menghuni tangga ke-2 tercorot liga dengan kutipan 1 mata, menjaringkan 1 gol dan bolos 5 kali.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

Liridon Krasniqi Lakukan Debut Bersama Newcastle Jets Dalam Saingan A-League Musim 2021

Nafuzi Zain: “Siapa Pun Yang Turun Bermain Perlu Ikut Perancangan, Sistem Dan Strategi Kita.”

Karsten: “Eky Dan Ifedayo Banyak Buat Larian, Aliff Dan Danial Masuk Untuk ‘Press Center-Back’ Pahang”